Isnin, 19 September 2011

'Gendang Hasan masuk Umno sengaja dipalu'

Jimadie Shah Othman


PAS Selangor berkata, khabar angin pemimpinnya Datuk Dr Hasan Ali akan keluar parti dan menyertai Umno tidak betul.

NONEPesuruhjaya negeri Dr Abd Rani Osman (kiri) berkata,berdasarkan komitmen yang ditunjukkan pada perjuangan parti Islam itu selama ini, perkara itu tidak akan menjadi kenyataan.

"Saya rasa itu adalah gendang yg dipalu oleh pihak tertentu dan kami tidak perlu menari ikut dendangan itu," katanya.

Cakap-cakap Dr Hasan mahu menyertai Umno kembali menjadi buah mulut apabila beliau dikatakan mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi membincangkan perkara itu minggu lalu.

Dr Hasan bagaimanapun kelmarin menafikan akan keluar parti atau pernah mengadakan atau merancang pertemuan dengan Hishammuddin, seperti yang tersebar di pelbagai laman blog.

Dalam kenyataannya melalui SMS kepada Malaysiakini semalam, Dr Rani berkata, pihaknya merasakan banyak lagi isu besar semasa dan penting yang harus diberi keutamaan,

azlanSementara itu, mengulas dakwaan Dr Hasan (kiri) bahawa beliau tidak pernah menerima surat lantikan sebagai anggota jawatankuasa negeri, Dr Rani menafikan perkara itu.

"Menurut SU (setiausaha) ada hantar surat rasmi kepada enam orang ahli (jawatankuasa) dilantik, termasuk Dr Hasan.

"Namun yang lain memberikan respons, kecuali beliau," jelasnya Dr Rani yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

Kedudukan Dr Hasan dalam PAS negeri juga sebelum ini menjadi tanya tanya apabila beliau dikatakan tidak menerima lantikannya sebagai anggota jawatankuasa.

Beliau bagaimanapun menjelaskan tidak menerima surat perlantikan secara rasmi dan oleh itu tidak berhajat hadir diri dalam mesyuarat negeri supaya tidak dilihat "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" .

Tiada ulasan: