Isnin, 19 September 2011

'Permit penerbitan baru ambil kira keselamatan'

Nigel Aw


Sebarang permit bagi penerbitan baru yang akan dikeluarkan oleh kerajaan akan mengambil-kira keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONE"Pertimbangan saya adalah keselamatan. Jika ada apa-apa yang menjejaskan keselamatan, kita perlu menangani dengan hati nurani yang jelas dan pada hujung hari nanti, orang ramai mesti membuat keputusan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pagi ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika menjawap soalan wartawan sama ada kerajaan akan lebih murah hati dalam memberikan permit penerbitan baru memandangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA)akan dipinda.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada Khamis lalu mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk menggantikan pembaharuan permit penerbitan tahunan dengan permohonan sekali sahaja. Bagaimanapun Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih memiliki kuasa mutlak untuk menarik balik permit berkenaan pada bila-bila masa.

Ditanya signifikan di sebalik pengumuman seperti itu, Hishamuddin berkata, ia masih terlalu awal untuk mengumumkan butirannya, apatah lagi kajian semula itu melibatkan tiga kementerian.

suara keadilan 100210 bala implicate nasirDitanya jika akhbar milik PKR, Suara Keadilan, akan dicetak semula selepas permitnya digantung pada tahun lalu kerana didakwa melanggar syarat PPPA, Hisham tidak memberikan jawapan langsung.

"Jika awak bercakap tentang pembangkang, apa jua yang kita lakukan adalah tidak akan mencukupi. Pertimbangan politik memerlukan tiang gol terpaksa dipindahkan setiap kali kita menghampirinya. jadi dekat dengan. Saya tidak fikir itu menjadi penanda aras, penanda aras bagi saya adalah rakyat."

Berhubung tindakan memansuhkan ISA yang mendapat reaksi pelbagai dari kalangan akar umbi Umno dan apa bentuk penerangan yang boleh dibuat Hishammuddin yang juga Naib Presiden parti berkata, kerajaan sedar mengenai perkara itu dan usaha menerangkannya telah bermula di Negeri Sembilan dua hari lalu dan diikuti sesi penerangan peringkat negeri Melaka yang dijadual dalam masa terdekat.

Beliau berkata apa yang penting ialah anggota parti perlu melihat ke depan berkaitan pengumuman tersebut kerana matlamat di sebalik usaha yang diumumkan sejak dua tahun lepas itu jelas iaitu kerajaan ingin melihat ISA dalam konteks yang lebih holistik.

azlan"Kita telah memberi penjelasan, contohnya di Negeri Sembilan saya telah beri penjelasan panjang lebar dan barulah orang faham bahawa kerajaan tidak mansuhkannnya begitu sahaja tetapi akan digantikan dengan akta yang lebih baik," katanya.

Katanya masyarakat juga perlu faham sekiranya dibuat melalui pindaan di Parlimen prosesnya akan mengambil masa yang panjang berbanding menggantikannya dengan akta yang baru.

Hishammuddin berkata kementerian itu juga sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung kajian semula ke atas Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sepertimana yang diumumkan baru-baru ini.

Tiada ulasan: