Selasa, 6 September 2011

Anwar nafi Nuha tanding Nibong Tebal

KL TODAY.COM


Para pemimpin tertinggi PKR mengesahkan spekulasi yag dinanti-nanti bahawa Nurul Nuha Anwar (gambar kiri sekali), anak kedua pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim,akan mengambil alih kerusi PKR Nibong Tebal,Pulau Pinang dari Tan Tee Beng yang melompat parti pada pilihanraya umum ke13 akan datang yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. “Nuha telah menolak cadangan pencalonan sebelum ini dengan alasan peribadi. Saya yakin Wan azizah dan Anwar juga akan menolak. Malahan ,saya rasa Anwar telah memberikan penolakan dengan tegas pagi tadi” Naib presidenPKR Tian Chua memberitahu media.

Anwar sendiri, melalui twitter pagi tadi memaklumkan bahawa Nuha,seorang pereka grafik, tidak berminat untuk kerja berprofil tinggi.tetapi ada khabar angin yang mengatakan yang ianya kerana wanita muda berusia dua puluhan itu telah berkahwin.

Nuha,tidak tinggi kakaknya Izzah, lebih mirip Anwar, kulit nya lebih cerah seperti kulit ibunya,President PKR Wan Azizah.

Penolakan terkini dari Anwar agak menghampakan para penyokong keluarganya. Anwar dilihat sebagai agak keberatan untuk mendedahkan ahli keluarga nya supaya aktif dalam politik kecuali jika keadaan mendesak,seperti mana anak sulungnya Nurul Izzah, MP Lembah Pantai,yang mengikut jejak langkah bapanya,seorang yang sangat natural dalam bidang politik berprofil tinggi.

Izzah dijangkakan tewas kepada Ketua wanita Umno Sharizat Jalil, tetapi ibu muda yang tinggi lampai dan gemar bermain gitar itu telah mengejutkan semua termasuklah ibubapa nya atas kemenangan nya.

“Keadaan yang sama akan berlaku pada Nuha. Jika dia boleh menyelesaikan hal-hal peribadinya, dan setuju untuk bertanding di Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan konco-konco BN patut bersedia awal untuk pulang.” Kata seorang tokoh PKR, Eddie Wong kepada media.

“Sudah pasti Nuha akan menang besar. Kerusi tersebut ialah kerusi PKR dan kemudian Tee beng melompat parti.terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya. Saya difahamkan Gerakan dan UMNO telah mula menghidu peluang.”

Semasa penamaan calon awal PKR sebulan yang lalu,nama Nuha telah dicadangkan oleh beberapa pihak dalam parti. Timbalan Ketua Menteri P.Pinang dan Ketua PKR negeri mansor Othman mengesahkan bahagian Nibong Tebal menamakan Nuha sebagai calon yang layak untuk kerusi kawasan campuran separa urban tersebut.

“Nama beliau di kemukakan sebulan lepas.masih belum di sahkan samada beliau ialah calon akhir. Semuanya akan diketahui sebelum pilihanraya umum nanti.” Mansor Othman dipetik memberitahu China Press.

Mansor juga berkata ramai pemimpin tertinggi peringkat nasional yang mencadangkan Nuha sebagai calon.

“Kerusi ini ialah kerusi kebanggaan yang mesti dimenangi oleh PKR dan calon terbaik mesti diletakkan dan calon tersebut berharapan untuk menang.kami harap beliau mempertimbangkan nya. Jika tidak, t bakat baru yang lain akan mengambil alih walaupun mereka tidak sepopular Nuha,” kata Eddie lagi.

Nibong Tebal mempunyai 43.60 % pengundi melayu, 40.50 % Cina dan 15.80 % India.

1 ulasan:

herba & tumbuhan berkata...

Salam Aidilfitri ,,,, Halan jalan mncari Ilmu