Sabtu, 17 September 2011

202 kawasan Parlimen sudah ada kompeni askar Wataniah

THE MALAYSIAN INSIDER



Datuk Siti Nurhaliza (tengah) bergambar selepas majlis pendaftaran selebriti-selebriti Askar Wataniah, 16 Jun 2011. — Foto fail


JITRA— Sebanyak 202 kawasan Parlimen di seluruh negara telah menubuhkan Kompeni Askar Wataniah manakala baki 20 kawasan Palimen lagi akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini.

Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata 20 kawasan Parlimen berkenaan terletak di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kita akan lancarkan bakinya secara berperingkat sejajar dengan keperluan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya dipetik Bernama Online.

Katanya pasukan askar wataniah kini mempunyai kekuatan 56,036 anggota termasuk 2,425 orang di Kedah.

Ahmad Hasbullah berkata Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah telah ditubuhkan di semua negeri dengan tujuan membantu Rejimen Askar Wataniah setempat dalam pembangunan askar wataniah.

Jawatankuasa itu mampu bantu askar wataniah dalam membangunkan modal insan pemuda-pemudi anak watan untuk menyertai askar wataniah di samping memupuk semangat cintakan negara, kata beliau.

“Ia ditubuhkan selaras dengan konsep menganakangkatkan Angkatan Sukarela oleh kerajaan negeri di mana jawatankuasa ini akan merancang segala bentuk bantuan untuk membangunkan pasukan askar wataniah di negeri masing-masing,” katanya.

Tiada ulasan: