Selasa, 2 Disember 2008

Najib: Bincang pertikaian dalam BN secara tertutup...

MALAYSIA KINI


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menasihatkan semua anggota komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak membincangkan secara terbuka pertikaian atau permasalahan dan juga polemik tertentu seperti isu ketuanan Melayu.

"Sebenarnya apabila kita buat struktur Barisan Nasional ini, salah satu daripada tujuannya ialah supaya sebahagian besar daripada pertikaian atau permasalahan dan juga polemik-polemik ini boleh diutarakan secara tertutup melalui saluran khas dalam BN.

"Tetapi sejak kebelakangan ini, saluran ini kurang digunakan. Ada pihak-pihak tertentu lebih minat untuk membuka perkara ini secara terbuka," katanya.

Beliau mengulas tindakan beberapa anggota parti komponen BN yang membangkitkan isu mengenai ketuanan Melayu, lapor Bernama.

Najib berkata tindakan seumpama itu sama sekali tidak menguntungkan parti.

"Rakyat akan melihat bahawa kita ini menghadapi terlalu banyak masalah sepanjang masa.

"Saya tidak menafikan ada keperluan untuk parti-parti dalam BN menyuarakan pendapat masing-masing tetapi ia mestilah dibuat secara berhemah," katanya.

Tiada ulasan: