Isnin, 10 November 2008

Jangan cabar Majlis Fatwa: Zahid

MYMETRO


PUTRAJAYA: NGO bukan Islam diminta jangan mencabar kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan jika tidak mempunyai asas hukum-hakam Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mempertikaikan fatwa majlis itu hanya mengikut logik akal saja boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Katanya jika NGO mempunyai sebarang kekeliruan atau inginkan penjelasan mengenai latar belakang sesuatu fatwa itu, beliau sedia menganjurkan majlis perbincangan.

Beliau mengulas mengenai tindakan NGO bukan Islam, Katagender dan Foot-not-Bombs pada Jumaat lalu yang mengadakan demonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan perlakuan ’pengkid’ atau wanita yang menyamai lelaki.

Ahmad Zahid berkata isu ’pengkid’ misalnya, kini sudah menjadi permasalahan masyarakat apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima aduan dan atas dasar itu Majlis Fatwa merasakan wajar fatwa mengharamkannya dikeluarkan.

Tiada ulasan: