Khamis, 4 September 2008

Ketua Umno disimbah asid: Polis tumpu aspek perniagaan mangsa
BERNAMA


KOTA BHARU: Aspek perniagaan dan peribadi merupakan dua kunci utama siasatan polis terhadap kes Ketua Umno Cawangan Limau Manis disimbah asid semalam sehingga menyebabkan mangsa masih terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia.

Sebagai seorang ahli perniagaan, mangsa iaitu Datuk Wan Abdul Azaha Rani, 48, sudah tentu banyak berurusan dengan orang ramai, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC II Amir Hamzah Ibrahim.

"Biasanya perselisihan di kalangan orang berniaga boleh berlaku dengan rakan niaga mereka atau individu lain," katanya.

Dalam kejadian itu, Wan Abdul Azaha cedera di muka kiri dan badan sebelah kiri selepas disimbah dengan cuka getah oleh individu tertentu di rumahnya.

Amir Hamzah berkata mangsa masih tidak boleh bertutur dengan sempurna.

"Polis akan menunggu sehingga beliau boleh bercakap dengan baik bagi mendapatkan maklumat berhubung kes tersebut," katanya.

Tiada ulasan: