Rabu, 30 Ogos 2017

Bendera Terbalik, KJ Perlu Dipecat

Suara Kebenaran




Walaupun upacara perasmian Sukan Sea KL 2017 mencatat sejarah dan meninggalkan memori yang tersendiri kepada sesetengah orang, semua ini musnah dengan kesilapan bendera Indonesia dalam buku cenderhati perasmian.

Tidak pernah berlaku keadaan yang semacam ini pada mana-mana temasya sukan tersebut, hanya di Malaysia. Maka tidak hairanlah Indonesia berkeras mahu tindakan tegas dikenakan terhadap semua yang terlibat dalam kesilapan tersebut kerana perkara ini telah menjatuhkan maruah negara tersebut sebagai negara berdaulat.

Justeru, satu tindakan tegas harus diambil bukan sahaja kepada orang yang secara individu tersilap dalam penyediaan buku tersebut malah Menteri Sukan juga harus meletakkan jawatan demi menjaga maruah negara dalam insiden yang memalukan ini.

Jangan buat main dengan Indonesia kerana negara itu sebuah negara besar dan berjuta rakyat mereka berada dalam negara ini sama ada secata haram atau tidak. Hanya dengan pemecatan Khairy sahaja maka kesilapan ini dapat ditebus semula.

Khairy sudah minta maaf betullah tapi itu belum cukup, dilihat dari pelbagai respon negatif rakyat negara berkenaan terhadap negara kita. Ramai netizen mengadu sudah tidak tahan menjadi mangsa buli siber rakyat Indonesia.

Rafizi musuh dalam selimut PKR?

TH E MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Penganalisis Politik menyangkal tuduhan bahawa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebagai agen Umno yang bertujuan menjadi musuh dalam selimut untuk memecah belahkan PKR.

Penganalisis Politik, Dr Jeniri Amir melihat Rafizi sebagai seorang individu yang konsisten dalam perjuangannya dimana beliau mendedahkan salah laku  dan skandal membabitkan kerajaan.

“Rafizi konsisten memperjuangkan PKR dan mendedahkan isu-isu berkaitan dengan salah guna kuasa, rasuah membabitkan kerajaan dan juga eksekutif kerajaan untuk sekian lama,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Times (TMT) hari ini.

Oleh kerana itu, Jeniri berkata jika tuduhan itu benar maka Rafizi tidak akan mendedahkan isu salah guna kuasa dan rasuah membabitkan kerajaan.

“Itu sudah jelas bercanggah dengan kenyataan itu, kalau betol memang agen Umno yang ditanam dalam PKR tersebut. Sudah pasti dia (Rafizi) tidak akan mendedahkan kelemahan-kelemahan Umno.
“Sebaliknya, seperti kita lihat sebelum ini. Beliau telah mendedahkan  kerajaan dan juga Umno.

“Jadi saya fikir, tuduhan itu, dakwaan itu adalah tidak berasas. Sama sekali tidak berasas dan kalau betul pihak yang buat tuduhan itu untuk membuktikannya sesungguhnya Rafizi ini agen Umno ataupun musuh dalam selimut PKR,” jelasnya.

Ketika ditanya adakah tuduhan bahawa Rafizi ini sebagai agen Umno akan menjejaskan undi PH pada PRU14 nanti, Jeniri berkata: “Saya tidak fikir, kerana pengundi sekarang dapat menilai sesuatu kenyataan itu.

“Pengundi tidak akan menerima satu kenyataan itu bulat-bulat begitu sahaja. Mereka lebih bijaksana untuk menilai kejujuran dan perjuangan Rafizi selama ini.

Semalam, media tempatan melaporkan, Ahli Majlis Tertinggi PKR, Latheefa Koya melemparkan kemarahan beliau terhadap Rafizi setelah ahli parlimen Kampung Pandan itu mengeluarkan esei sepanjanga 2000 patah perkataan yang menentang rundingan berterusan antara PAS dan PKR.

“Sila lihat apa yang dibuat oleh barah ini sekarang. Dia sedang memaksa parti pecah dua. Dia tak hadir mesyuarat. Tetapi dia berani hanya bagi kata dua melalui media. Ini namanya tindakan bacul,” kata beliau dalam posting Facebook merujuk kepada Rafizi.

Latheefa Koya juga membayangkan Rafizi sebagai agen Umno.

44 warga Rohingya ditahan kerana berhimpun secara haram

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Seramai 44 warga Rohingya ditahan polis hari ini semasa mengadakan perhimpunan haram di hadapan bangunan Lembaga Tabung Haji (TH) di Jalan Tun Razak, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mereka ditahan kerana cuba melakukan provokasi ketika diminta polis untuk bersurai.

Katanya lebih 1,000 warga Rohingya berkumpul di sini sejak pukul 8 pagi untuk berarak bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir di sini atas kekejaman dan pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar.

Warga Rohingya berkenaan dipercayai datang dari seluruh Malaysia dengan menaiki bas yang dikelolakan mereka sendiri bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

“Namun, apabila sudah diserahkan memorandum itu, mereka terus berkumpul dan bertindak agresif sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menahan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan bangunan TH.

Amar Singh berkata undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak membenarkan warga asing membuat sebarang demonstrasi dan perhimpunan.

Perhimpunan yang hanya bersurai pada 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan kesesakan di Jalan Tun Razak.— BERNAMA

Isu penindasan rakyat Rohingya, dunia jangan terus membisu – PAS

THE MALAYSIAN TIMES
 
 
 
KUALA LUMPUR: PAS memandang serius isi penindasan kaum Rohingnya yang berlaku di Myanmar apabila nyawa mereka terancam dek kerakusan regim Myanmar dan pelampau Buddha Rakhine yang tidak berperikemanusian.
 
Dalam satu kenyataan, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, serangan yang dilakukan membunuh etnik Rohingnya tanpa mengira jantina, tempat tinggal yang menjadi tempat untuk mereka berteduh juga dibakar malah nyawa mereka menjadi taruhan setiap masa.
 
“Terbarunya serangan di perkampungan Maungdaw Buthidaung dan Rathidung di Myanmar telah membunuh lebih kurang 500 orang tanpa mengira lelaki, perempuan, orang tua mahupun kanak-kanak, rumah-rumah dibakar dan jumlah ini semakin meningkat.
 
“Kini mereka menderita tanpa tempat tinggal dan mereka tidak mempunyai tempat untuk pergi. Mereka terpaksa menjadi pelarian dalam negara sendiri. Nyawa mereka diancam setiap masa dengan tujuan mereka dihapuskan dari peta Myanmar,” katanya.
 
Menurutnya, masyarakat perlu sedar dan mengambil tindakan diatas penindasan tersebut dimana ianya merupakan isu kemanusiaan apabila nyawa mereka menjadi ancaman dan ini jelas memperlihatkan penghapusan etnik masyrakat Islam.
 
“Masyarakat dunia perlu sedar dan bangkit bahawa isu penindasan rakyat Rohingya adalah isu kemanusiaan, dibelakangnya tersingkap beberapa isu yang melatari jalan cerita.
 
“Isu hak asasi manusia, diskriminasi kelompok majoriti terhadap kelompok minoriti, penghapusan etnik masyarakat Islam, kisah kegagalan organisasi-organisasi antarabangsa dan serantau dalam menyelesaikannya, kisah keganasan pihak tentera dan sifat tidak bertamadun masyarakat moden dalam melakukan penindasan sesama manusia.
 
“Perhatian bangsa dunia amat diperlukan,” ujarnya.
 
Sehubungan itu, katanya, negara-negara yang menandatangani Piagam Hak Asasi Manusia, persatuan-persatuan dan negara Islam serta Malaysia perlu mengambil langkah proaktif memberi amaran kepada kerajaan Myanmar.
 
“Negara-negara yang menandatangi Piagam Hak Asasi Manusia, Piagam Geneva, negara-negara ASEAN, PBB, negara-negara Islam OIC, negara Islam Serantau dan semua pejuang hak asasi manusia perlu berganding bahu memberi amaran kepada kerajaan Myanmar yang melanggar hak asasi manusia dan menafikan hak kerakyatan masyarakat Rohingya.
 
“Kerajaan Malaysia wajib bekerjasama dan bertindak lebih proaktif dengan negara-negara lain, parti-parti politik, NGO-NGO dan agensi antarabangsa bukan sahaja menghantar misi kemanusiaan, bahkan semestinya memberi tekanan politik kepada kerajaan Myanmar agar menghormati hak kemanusiaan. Kuasa politik amat penting untuk menghentikan penindasan ini.
 
Mengulas lanjut, orang Islam mahupun bukan Islam saling memerlukan dan menjadi asas kepada keharomian sesebuah pemerintahan Islam.
 
“Islam lebih mendahului dalam menjaga hak orang Islam dan bukan Islam serta pelarian negara asing yang hidup bermasyarakat majmuk dalam negara Islam.
 
“Pembinaan Masyarakat Madani yang saling memerlukan di antara satu bangsa dengan bangsa lain, satu kaum dengan kaum lain menjadi asas keharmoniaan di bawah pemerintahan Islam dengan mendahulukan perdamaian dan mengambil langkah diplomatik dan diplomasi.
 
“Sehingga kedatangan Islam ke negara lain dikira penyelamat bukannya penjajah,” katanya.
 
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Justeru itu, PAS tidak mahu terus berdiam diri melihat kezaliman yang tiada titik noktah ini, lalu bertindak untuk menghantar misi kemanusiaan untuk berunding.
 
“PAS akan menghantar misi kemanusiaan melalui PASRelief dan NGO-NGO dan berunding dengan pihak kerajaan dan agensi antarabangsa untuk menghentikan kezaliman yang tidak bertamadun ini dengan kembali ke meja rundingan.
 
“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa, marilah kita bersatu dan berganding bahu atas dasar kemanusiaan. Marilah kita mendesak kerajaan Myanmar agar menerima kerakyatan masyarakat Rohingya dan menyelesaikan konflik ini secara aman dan damai,” jelasnya.
 
 

Remaja ditahan selepas melempar mercun di luar stadium selepas perlawanan akhir bola sepak

THE MALAYSIAN TIMES

 
 
KUALA LUMPUR: Seorang remaja ditahan polis kerana melempar mercun di luar Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Thailand dalam memburu pingat emas.
 
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, remaja lelaki tiu ditahan setelah melempar mercun di luar stadium selepas penyokong meninggalkan stadium.
 
“Ini adalah pengajaran kepada sesiapa yang berfikir bahawa mereka boleh terlepas. Kami masih memantau dan akan berterusan sehingga esok (Rabu) pagi,” katanya.
 
Mazlan berkata, selain daripada penangkapan itu, tidak ada lagi insiden yang tidak diingini berlaku semasa perlawanan.
 
Penyokong telah diberi amaran sebelum perlawanan akhir itu bermula bahawa polis tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa bentuk provokasi dan akan mengambil tindakan segera terhadap sesiapa yang cuba menimbulkan masalah.
 
Amaran itu berlaku selepas dua penyokong Myanmar cedera dalam pergaduhan selepas perlawanan dengan Malaysia pada malam Isnin.
 
Lelaki itu didakwa dipukul di tempat parkir kereta di Stadium Shah Alam pada tengah malam.
Kedua-duanya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.
 
Mazlan berkata lagi, tiga lelaki warga tempatan berusia awal 20-an telah ditangkap atas kejadian itu.
 
 

Berebut Tiket Untuk Jual Semula, Bukan Sebab Sokong Pasukan Negara – Amanah

 Suara Kebenaran




UMNO jangan jadi bodoh dengan menganggap ribuan penyokong bolasepak yang berkhemah sejak pagi di Stadium Shah Alam untuk membeli tiket perlawatan akhir Sukan SEA menentang pasukan negara itu, kerana mahu meliwat pasukan negara menang pingat emas bolasepak.

Sememangnya sejak semalam, cybertroopers UMNO berpusu-pusu membuat posting di akaun FB masing-masing mendakwa ribuan orang yang beratur untuk mendapat tiket perlawanan akhir di Shah Alam semalam, sebagai bukti rakyat negara ini cintakan negara dan pasukan bolasepak negara kita.

Dakwa seorang pemimpin Pemuda Amanah Pahang, yang bodoh-bodoh UMNO ini tidak sedar, ribuan penyokong bolasepak yang beratur sejak pagi itu bukanlah kerana ingin memberikan sokongan kepada pasukan negara tapi sebaliknya mahu menjual semula tiketi itu pada harga yang jauh lebih tinggi.

Pendapat ini disokong oleh ribuan posting di media sosial oleh rakyat yang mahu menjual semula tiket yang telah mereka beli.

Menurutnya, sejak skandal 1MDB tercetus, rasa sayang rakyat kepada negara melalui sukan ini sudah lama pudar.  Rakyat malu dengan negara ini dan yang lebih utama kepada mereka ialah membuat duit sebanyak mungkin sebelum skandal 1MDB ini menyebabkan rakyat terpaksa menanggung hutangnya.

Itu saja sebabnya.  Mereka ini bukan penyokong pasukan bolasepak pun tapi penjual tiket haram yang mahu membuat sedikit keuntungan.

Mungkinlah ada yang benar-benar mahu menyaksikan perlawanan tersebut tapi jumlah mereka tidaklah seramai mana.  Menurut pemerhatian Pemuda Amanah, hampir 90% adalah ulat tiket sahaja sementara 10% saja yang benar-benar mahu memberikan sokongan, itu pun kepada pasukan Thailand, bukan Malaysia!!

95% Ahli PKR Bersama Rafizi – ADUN Batu Caves

Suara Kebenaran




Tindakan Naib Presiden PKR, YB Rafizi Ramli memohon supaya diadakan Kongres khas PKR bagi membincang soal mengadakan kerjasama dengan PAS disebalik ketetapan Pakatan Harapan yang menolak semua kaitan dengan parti itu, mendapat sokongan 95% ahli PKR, menurut sumber yang rapat dengan ADUN Batu Caves Amirudin Shaari.

Lagipun apa yang salahnya dengan minta diadakan Kongres PKR bagi membincangkan soal kerjasama tersebut?  Bukankah itu yang sepatutnya dilakukan memandangkan Kongres terdahulu telah membuat keputusan untuk memutuskan semua kerjasama dengan PAS kecuali di Selangor?

Biar ahli akar umbi parti membuat keputusan sama ada perlu diadakan kerjasama dengan PAS atau tidak.  Ini soal dasar, soal prinsip dan hak itu perlu dikembalikan kepada ahli parti – bukan seorang dua pemimpin sahaja.  Itu tidak demokratik namanya.

Menggunakan nama Datuk Sri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan turut disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab kerana kita perlu mendengar sendiri perkara itu keluar dari mulut beliau, bukan melalui utusan dan lain-lain.

Tidak kira apa pun alasannya, hak akar umbi tidak boleh dinafikan. Lagipun bekerjasama dengan PAS ini bermaksud mengkhianati piagam Pakatan Harapan yang telah ditandatangani antara lain oleh Menteri Besar Selangor sendiri, kata sumber yang berkenaan lagi.

Apakah nanti respon rakan-rakan PKR dalam Pakatan Harapan sedangkan kita sebenarnya lebih memerlukan mereka daripada PAS, kata sumber yang berkenaan mengakhiri perbualan.

Rafizi Bakal Presiden PKR Dalam Tempoh 10 Tahun?

Caspian
r


Untuk mencari seorang bakal pemimpin dikalangan ahli, memang suatu perkara yang agak sukar. Namun PKR harus bersyukur kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk mengrekrut ahli mereka untuk diangkat sebagai bakal pemimpin masa hadapan.

Lihat sahaja Ahli Parlimen Pandan, Yang Berhormat, Rafizi Ramli yang disifatkan sebagai salah seorang pemimpin pada masa akan datang. Dengan perwatakan yang lembut serta keberaniannya membongkarkan segala isu membabitkan kerajaan BN, beliau sememangnya calon paling layak untuk diletakkan sebagai calon Presiden PKR dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, bukannya Datuk Seri Azmin Ali.

Umum sedia maklum bahawa YB Rafizi adalah anak didik yang diberi perhatian khusus oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru, pastinya Datuk Seri Anwar memang sudah mengenal pasti bakat yang ada pada Rafizi untuk diketengahkan.

Malah, keberanian YB Rafizi dalam membicarakan apa jua isu sehingga menyaksikan beliau berkemungkinan dipenjarakan, memang sudah menyerlahkan betapa hebatnya YB Rafizi dalam arus politik negara.

Lihat sahaja bagaimana YB Rafizi cuba di hentam oleh banyak pihak terutamanya Latheefa Koya dan Datuk Seri Azmin sendiri. Ini hanyalah satu latihan untuk YB Rafizi memantapkan dirinya sekiranya beliau diserang oleh cybertrooper UMNO dan BN pada masa akan datang.

Tambahan pula, beliau mampu menubuhkan sebuah syarikat INVOKE yang mampu membentuk negara kearah yang lebih baik. Malah, PKR sendiri turut bermurah hati untuk menaja INVOKE dalam modal yang besar dan sudah semestinyalah ianya mendapat restu daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Inilah bukti bahawa YB Rafizi sememangnya calon paling layak untuk diangkat sebagai Presiden PKR pada satu hari nanti. Malah, bukan satu perkara yang mustahil sekiranya YB Rafizi turut diangkat sebagai Presiden gabungan pembangkang dan seterusnya dijulang sebagai Perdana Menteri, satu hari nanti.

KDN rampas 67 hiasan silap cetak ayat al-Quran


ISMA WEB
 


KUALA TERENGGANU – Sebanyak 67 keping bingkai hiasan ayat-ayat al-Quran yang mengandungi pelbagai kesalahan bernilai kira-kira RM20,000 dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri Terengganu dalam satu operasi yang dijalankan hari ini.

Ketua Penolong Setiausaha Unit Operasi dan Kawalan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Ibu Pejabat Putrajaya, Shamsinar Mohd Jaafar berkata, operasi berkenaan disertai 24 pegawai dan anggota penguatkuasa dari Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).

Katanya, pemeriksaan di 11 premis jualan di sekitar bandar raya ini bertujuan untuk mengesan bingkai hiasan terbabit yang mengandungi kesalahan ayat al-Quran dan melanggar garis panduan ditetapkan.

“Antara kesalahan dikenal pasti ialah ayat yang ditulis bercampur dengan ayat lain, kesalahan pada penandaan ayat, ayat yang tidak jelas dan kalimah yang dicetak secara berulang.

“Pemerhatian di sebahagian premis kedai yang dikunjungi terbabit juga mendapati bingkai hiasan ayat al-Quran berkenaan diletakkan di atas lantai dan ia menyalahi garis panduan ditetapkan KDN,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Malah, operasi berkenaan turut merampas beberapa naskhah sebuah akhbar kerana dijual tanpa permit dan boleh didakwa di bawah Seksyen 5(2)(b) Akta Mesin Cetak 1984

Pemandu bekas AG kena tembak

MALAYSIAKINI




Dua lelaki yang tidak dikenali diaporkan menembak dan mencederakan pemandu bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail di rumah mangsa, di Ampang Perdana, Kuala Lumpur, pagi ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, seorang lelaki dilaporkan menghampiri mangsa dengan alasan mahu bertanya tentang jalan sebelum menembaknya di kaki.

Menurut China Press, polis sedang menyiasat motif serangan dan cuba mengenal pasti penyerang berkenaan.

Memetik sumber, akhbar itu melaporkan bahawa penyerang cuba memberi amaran dan dengan itu menembak mangsa di kaki.

Menurut laporan itu, mangsa hanya dinal-pasti sebagai Mustafa, dan memaklumkan bahawa beliau telah bekerja sebagai pemandu kepada Abdul Gani sejak Januari tahun ini.

Adalah dilaporkan bahawa pada waktu kejadian, pintu depan rumah dibuka ketika mangsa bersiap-sedia mahu pergi bekerja.

Penyerang kemudian melarikan diri dengan motosikal.