Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Tak salah raikan kepelbagaian tapi mestilah berpada-pada
SAYA begitu terkejut apabila ada pemimpin sebuah NGO Islam yang mengakui menjunjung Islam sebagai agama dakwah, tiba-tiba mengucapkan selamat menyambut hari agama sedunia kepada agama-agama dunia dalam media sosialnya.
Apa tujuannya? Apakah dia tidak sedar ucapan sedemikian, seolah-olah kita menyamaratakan semua agama, seperti mana ajaran pluralisme?
Awalnya, saya tidak percaya, tetapi setelah terbitnya ucapan tersebut, baharulah rasa perasan.
Rasanya, pemimpin ‘NGO dakwah’ ini, terlebih pandai belajar dan mengajar falsafah. Bahaya, jika ada orang seperti ini mengajar subjek wajib falsafah kepada anak-anak kita.
Apabila isu ini menjadi viral, cepat-cepat beliau memadamkannya. Jika apa yang dilakukan itu benar, tidak bercanggah dengan Islam, teruskan sahaja siarkan dalam media sosialnya, kenapa harus dipadamkan?
Saya harap semua dalam kalangan kita sedar, siapakah NGO dan pemimpin-pemimpin mereka.
Dalam Islam, tidak ada masalah dalam meraikan kepelbagaian. Tetapi perlu dibuat secara berhati-hati dan berpada-pada. Dalam hal ini, nampak sangat terlalu desperado.
Dalam keadaan kebuluran mencari pengaruh, jangan gadaikan agama. NGO ini sudah terkenal mahu menceburi dalam bidang politik untuk menguasai negara ini bagi melebarkan pengaruhnya. Mereka sanggup lakukan apa sahaja, termasuk matlamat menghalalkan cara.
Saya harap kita semua membuka mata. Jangan beri peluang orang sebegini memimpin negara kita. Pastikan kita tidak terpedaya dengan wadah atau parti politik yang digunakan untuk menzahirkan kewujudannya dalam politik. Pastikan nilai amanah yang dijunjung tidak diperalatkan dalam melayari bahtera kehidupan berpolitik.
Amanah itu nilai yang sangat mulia, pastikan ia tidak ditunggang menggunakan bahtera politik.
Kepada pemimpin NGO dakwah tersebut, ingat pesan Menteri Agama
Tiada istilah berkenaan Perayaan Hari Agama Sedunia.
Ianya jelas
Dan ianya wajib diimani
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam
(Ali Imran 3: 19)
Teruslah mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia dan teruskanlah juga mengukuhkan keimanan untuk
menjadi hamba Allah yang taat. ISMA WEB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan