Ia muslihat politik perdaya orang Melayu sahaja
BANGI – Jangka hayat Muafakat Nasional (MN) yang kini kelihatan berada di hujung tanduk seolah-olah sudah dijangka.
Meskipun pernah dianggap sebagai ‘payung’ kepada parti politik Melayu dan Islam, namun MN – yang pada asasnya dimeterai antara PAS dan UMNO pada September 2019 – masih tidak berupaya untuk kekal pada landasan yang sama.
Ekoran itu, Amir gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman tidak menolak kemungkinan bahawa MN satu muslihat politik untuk memperdayakan orang Melayu sahaja.
“Tiada kepentingan umat di situ.
“Ia berlaku atas kepentingan politik. Apabila kepentingan politik sudah tiada, maka tiadalah MN,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Bahkan, melihat pergolakan kedua-dua parti itu yang masih tidak berkesudahan, Ustaz Abdullah yakin bahawa MN bukan manifestasi kepada kehendak umat yang dibuat penuh iman dan keinsafan mengenai tanggungjawab.
“UMNO memang begitulah ‘game’ parti itu dari dulu, PAS pula walaupun lama dalam politik tapi naif.
“Jadi MN ini satu kesempatan diambil orang politik sebagai tunggangan sementara demi survival politik sahaja.
“Kalau itu sahaja tujuan MN, tak perlulah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan