PETALING JAYA – Penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami detik cemas seketika setelah kenderaan itu mengalami kebakaran.
Menerusi video berdurasi 20 saat yang dikongsi Norfasarina Rahmat di media sosial memaparkan kepala koc kereta api itu yang dalam perjalanan dari Kelantan-Gemas tiba-tiba sahaja terbakar menyebabkan penumpang ketakutan dan keluar di tengah-tengah hutan pada waktu malam.
“Kepala kereta api terbakar, kami sangkut di tengah-tengah hutan. Semoga dipermudahkan urusan kami, Aminn.
“Semua diarahkan turun dari gerabak sebab api merebak, kepala kereta api terbakar, semua panik nak kena keluar sebab api tak nak terpadam,” katanya.
Namun, wanita itu memaklumkan keadaan semuanya selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Rata-rata orang ramai melimpahkan doa kepada kesemua penumpang tersebut semoga semuanya dalam keadaan selamat.
“Ya Allah lindungi mereka semua yang ada di sana, permudahkanlah urusan mereka, Aamin,” kata Zue Zunita Zaid.
“Semoga Allah permudahkan urusan saudara semua. Aamiin,” ujar Eira Dewi Ismail.
“Semoga tiada kemalangan jiwa, semoga dipermudahkan,” jelas cikzie83. – K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan