PETALING JAYA: Imigresen dapat perintah reman 14 hari terhadap seorang warga Bangladesh yang ditahan dalam siasatan berkaitan dokumentari kontroversi Al Jazeera, dan peguamnya mahu mencabar perintah itu.
Perintah reman itu diberikan Mahkamah Sesyen Semenyih hari ini.
“Kami akan menghantar permohonan ke Mahkamah Tinggi memohon semakan dan akan minta ia disegerakan,” kata peguam Sumitha Shaanthini.
Beliau berkata perintah reman itu untuk membolehkan siasatan lanjut ke atas kes itu.
Dalam dokumentari Al Jazeera pada 3 Julai, Rayhan membuat kenyataan mengenai layanan terhadap pendatang asing tanpa izin dalam serbuan semasa tempoh kawalan Covid-19.
Dia ditahan 2 minggu kemudian selepas imigresen melancarkan pemburuan.
Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud semalam berkata Rayhan dijangka dihantar pulang pada 31 Ogos. Permit kerjanya dibatalkan selepas Al Jazeera menyiarkan dokumentari itu.
Saluran berita antarabangsa itu juga sedang disiasat polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan