RINGKAS ‘pukulan smash’ yang dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.
“Minta maaf ke, salah tafsir ke, kerusi Mersing kekal milik UMNO.”
‘Pukulan’ itu dibuat Ahmad Zahid walaupun Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu memohon maaf dan menyatakan kenyataannya disalah tafsir.
Kenyataan Ahmad Zahid disokong ramai ahli di peringkat pimpinan tertinggi dan juga akar umbi yang menyifatkannya sebagai tindakan yang ditunggu-tunggu.
Tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menunjukkan ketegasan UMNO yang tidak lagi mahu dipermain-mainkan ahli.
Lebih epik apabila ‘bola tanggung’ diberikan oleh bekas ahlinya sendiri dari Parlimen Mersing. Tujuannya juga turut kepada ahli lain yang melompat parti.
Serangan balas terhadap 17 Ahli Parlimen dari UMNO yang melompat parti selepas Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) itu juga adalah paling ditunggu-tunggu.
‘Smash’ pertama itu adalah jawapan kepada nasib mereka dalam mengekalkan kerusi masing-masing dalam PRU-15 nanti.
Jelas, mereka perlu menentang UMNO, tiket mereka dahulu ketika memenangi kerusi-kerusi Parlimen tersebut.
Jeli, Hulu Terengganu, Larut dan Masjid Tanah antaranya yang akan menjadi tumpuan dalam PRU-15.
Tetapi, bagaimana mereka mahu bertanding? Adakah atas tiket bebas? Kerana Bersatu pasti tidak meletakkan calon sebagai laluan kepada UMNO.
“Abdul Latiff memang sudah minta maaf, tetapi kesilapan telah berlaku. Dia terlupa UMNO menyebabkannya berjaya menyandang kerusi Parlimen Mersing.
<span data-mce-type="bookmark" style="display: inline-block; width: 0px; overflow: hidden; line-height: 0;" class="mce_SELRES_start"></span>
“Dengan memperkecilkan parti tiketnya dahulu terutamanya berkenaan Sabah, habislah nasib Abdul Latiff dalam arena politik Malaysia.”
Pandan diberikan penulis Bujai dalam blognya Just Read (justread-whatever.blogspot.com).
Bersatu pasti akur dengan UMNO jika mahu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terus disokong menjadi Perdana Menteri.
Bersatu perlukan UMNO, tetapi UMNO hanya setuju untuk jatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan DAP sebelum ini.
UMNO juga pernah menyatakan pendiriannya terhadap sokongan yang diberikan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu sebelum ini.
“Bagaimanapun, sekarang adalah masa yang sesuai untuk Zahid (Ahmad Zahid) bertindak mengeluarkan kenyataan pedas.
“Memang tepat dan ahli pula setuju dan menggesa beliau berbuat sedemikian. Saya pernah cakap kepadanya, dalam politik kita kena berani.
“Bermain permainan pembangkang pada masa yang tepat. Macam itu, pada ahli UMNO itulah satu suntikan semangat,” ujarnya.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid masih dilihat berdiam diri terhadap kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Kenyataan tersebut berkaitan cadangan kepada Muhyiddin supaya kembali kepada UMNO dan memimpin parti itu.
Termasuklah membenarkan Muhyiddin menghabiskan penggalnya sehingga tamat pada 2023 nanti.
“Nazri (Mohamed Nazri) mungkin ada alasan tersendiri. Namun beliau perlu sedar kerajaan Perikatan Nasional naik tanpa mandat rakyat.
“Ia cuma gerakan sekumpulan pemimpin negara bagi menjatuhkan kerajaan PH. Jadi PN mesti kembalikan mandat kepada rakyat secepat mungkin.
“Kita tidak tahu apa akan jadi pada 2023, adakah ekonomi akan pulih selepas pandemik Covid-19? Malaysia tiada pilihan, lebih baik bubar parlimen sekarang,” jelasnya.
Bagaimanapun, menurut Bujai, apa yang dilakukan Presiden UMNO bertegas dengan kedudukannya adalah sesuatu yang wajar dilakukan.
“Jangan terlalu terikut-ikut dengan label ‘alim’ diberikan orang sekeliling supaya tidak menjadi sarkastik. Bila ada sindiran yang tepat, lontarkannya. Begitulah Presiden saya,” ujarnya.
Ternyata, pukulan ‘smash’ daripada Presiden UMNO itu menggambarkan parti itu tidak main-main terutama terhadap 17 Ahli Parlimennya yang melompat selepas PRU-14. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan