PETALING JAYA: Pihak berkuasa sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang ditemubual media antarbangsa, Al Jazeera dalam berita yang mendakwa Malaysia mendiskriminasi pendatang asing ketika menangani wabak Covid-19.
Perkembangan ini ketika polis berkata Al Jazeera akan dipanggil untuk disoal selepas menerima laporan berkaitan.
Imigresen menamakan individu yang dikehendaki itu sebagai Md Rayhan Kabir, 25.
“Bagi tujuan membantu siasatan bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, imigresen memberi amaran keras akan membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan kepada warga asing sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukkan imej negara.
Pada Jumaat, saluran berita Al Jazeera menyiarkan episod “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” di program 101 East.
Video 25 minit itu menuduh kerajaan menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menangkap mereka yang tidak memiliki dokumen yang sah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan