KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Azhar Azizan Harun menyatakan pendirian tidak akan bersikap kontroversi dalam menggalas tanggungjawab yang dipikulnya mulai hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan beberapa pihak pelantikannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dahulu mempunyai unsur-unsur kontroversi.
“Masyarakat mengatakan bahawa ketika saya dilantik sebagai Pengerusi SPR tetapi saya tidak bertindak kontroversi dan saya tidak akan bertindak kontroversi di sini juga, ini adalah tugas.
“Kami melakukannya sesuai dengan Perlembagaan dan undang-undang Persekutuan dan saya berhasrat untuk menegakkannya,” katanya dalam sidang media selepas diangkat menjadi Yang Dipertuan Dewan Rakyat.
Azhar Azizan menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang digugurkan jawatannya hari ini.
Ia setelah 111 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat menyokong usul yang dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggugurkan Mohamad Ariff selaku Speaker Dewan Rakyat.
Seramai 109 Ahli Parlimen pembangkang pula menolak usul berkenaan.
Selain Azhar Azizan, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said turut dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah kerusi itu kosong ekoran peletakan jawatan Nga Kor Ming hari ini.
Ditanya samada beliau menyesal mengambil jawatan itu, Azhar Azizan berkata; “Itu bukan zoo. Itu Dewan Rakyat kita, jadi pengalaman yang baik dan ia adalah pengamalan yang baik.
Azhar Azizan turut berkata beliau sebenarnya ditawarkan untuk menggalas jawatan itu oleh Muhyiddin.
“Saya tidak diarahkan untuk menerima jawatan ini, saya dijemput oleh pihak kerajaan untuk jadi Yang Dipertua Dewan Rakyat dan saya setuju,” katanya lagi.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan