Jeniri
SHAH ALAM - Pembentukan Pakatan Nasional dilihat tidak mampu menjadi gagasan baharu kerajaan perpaduan untuk mengembalikan negara ke landasan asal sebaliknya jika direalisasikan boleh meruntuhkan politik dan masa depan negara.
Bagaimanapun Jeniri mempersoalkan kenyataan Abdul Hadi kerana lunas demokrasi mengikut Perlembagaan ialah kerajaan sekarang perlu mengembalikan hak untuk menentukan siapa yang berhak memerintah dan menentukan kerajaan melalui peti undi.
"Ia tidak boleh dibuat melalui jalan singkat dengan mencaturkan perkiraan politik tertentu yang hanya menguntungkan pemimpin dan kumpulan tertentu yang mempunyai agenda untuk berkuasa," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pas secara dasar sokong pembentukan Pakatan Nasional
Katanya, sebagai sebuah parti politik yang menawarkan atau memperjuangkan prinsip dan nilai Islam, Abdul Hadi dan Pas amnya, harus mengambil kira soal legitimasi dalam konteks moral, kuasa serta undang-undang.
"Apa maknanya rakyat membuat keputusan untuk memilih Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai beberapa parti sebelum ini untuk memerintah tetapi ada pihak yang sewenang-wenangnya membuat satu penjajaran dengan menyingkirkan sesetengah pihak yang dipilih rakyat, kemudiannya memasukkan pula pihak yang tidak disenangi rakyat.
"Itu tidak adil untuk rakyat yang sudah membuat keputusan muktamad pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan jalan terbaik bukan melalui jalan singkat (menubuhkan Pakatan Nasional) yang hanya menggambarkan nilai politik tidak matang.
Kelmarin, Abdul Hadi turut dilaporkan berkata, Pas tidak akan sesekali menggunakan pintu belakang untuk mengambil alih pentadbiran di Putrajaya sebaiknya akan melalui proses undang-undang yang betul.
ARTIKEL BERKAITAN: Kita tetap masuk pintu depan: Abdul Hadi
Jeniri turut mengingatkan penjajaran atau Pakatan Nasional hanya akan mencetuskan krisis serta pergolakan kerana ia melanggar prinsip demokrasi dan kepentingan rakyat.
Justeru beliau menggesa pemimpin parti terlibat khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penjelasan kepada rakyat berhubung spekulasi penubuhan Pakatan Nasional tersebut.
"Spekulasi begitu kuat, jadi kenapa harus ambil masa yang lama untuk Dr Mahathir dan PH memberi penjelasan. Jika dibiarkan, rakyat akan membuat tafsiran dan ini tidak baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan