Bila negara penduduk majoriti Islam, ramai fikir ia bukan
BANGI – Sudah tiba masanya pihak berwajib menjadikan kesalahan pemanduan di
bawah pengaruh alkohol sebagai satu dosa atau kesalahan besar.
Pakar jalan raya, Prof Dr Ahmad Farhan
Mohd Sadullah berkata, hakikat yang perlu diterima sekarang adalah
masalah pemandu mabuk merupakan gejala serius yang dialami oleh seluruh
negara di dunia.
Beliau berkata, cuma sebelum ini, oleh
kerana Malaysia majoriti penduduknya adalah umat Islam, ramai
mengandaikan masalah pemanduan dalam keadaan mabuk bukan masalah `kita’.
Oleh itu, katanya, semua pihak berwajip
dengan keselamatan jalan raya tidak meletakkan masalah itu sebagai
kritikal dan data juga tak menunjukkan ia merupakan satu permasalahan
besar.
“Tetapi bagi saya, ini adalah masalah
yang terlindung, seperti sebelum ini masalah keselamatan motorsikal yang
juga tidak diberi prioriti dalam perhatian semua pihak.
“Sekarang kita tahu masalah pemanduan di
bawah pengaruh alkohol sudah semakin serius tetapi saya yakin masalah
ini sebenarnya lebih besar.
“Saya mencadangkan supaya pemanduan di
bawah pengaruh risiko dijadikan kesalahan besar atau `big sin’ oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),”
katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.
Kemalangan melibatkan pemandu mabuk
semakin menjadi-jadi di negara ini dan boleh dikatakan hampir setiap
hari ada sahaja kes yang berlaku.
Terbaharu, seorang lelaki maut manakala
rakannya parah selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah
pacuan empat roda yang disyaki pemandunya mabuk dalam kejadian di Batu
10 Jalan Apas, dekat Tawau.
Mangsa, Yusuf Hussin, 42, seorang
pekerja kontrak meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya
Radjuddin Jamaluddin, 35, cedera di badan dan kepala.
Mengulas lanjut, Ahmad Farhan
menegaskan, melalui cara itu, statistik akan menggambarkan keadaan
sebenar dan strategi penguatkuasaan juga dapat dipertingkatkan.
Selain itu, beliau mencadangkan,
penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) dalam semakan pemandu
melibatkan kandungan alkohol sama ada ketika mabuk atau tidak.
“Kita perlu mula buat advokasi dengan lebih terbuka supaya semua menganggap ini masalah kritikal.
“Selepas itu, kita boleh juga libatkan
pengusaha minuman keras, kelab dan sebagainya supaya memainkan peranan
membendung gejala ini sama seperti di negara-negara Barat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan