Ahad, 16 Februari 2020

Kebebasan media hari ini masih rapuh, kata ahli akademik

GERALDINE TONG




Kebebasan media dalam Malaysia masih rapuh dan boleh dirampas pada bila-bila masa oleh mereka yang berkuasa kerana struktur utama yang menyokong status quo masih ada, kata ahli akademik V Gayathry.

"Saya fikir apa yang tidak berubah (sejak PRU ke-14) dan akan terus menjadi masalah utama kita ialah struktur.

"Jadi apa yang menjadi asas politik dan media selama ini, saya fikir kita tidak benar-benar mula menanganinya," katanya dalam satu forum pelancaran buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia di Petaling Jaya hari ini.

Gayathry, yang merupakan pembantu profesor media dan politik Universiti Nottingham, memberikan beberapa contoh untuk menunjukkan bahawa media masih bergelut dengan kebebasan selepas PRU ke-14.

Menggunakan Media Prima sebagai contoh, beliau berkata media berkenaan dilihat pro-BN selama tiga dekad yang lalu, tetapi sekarang beralih dari menjadi "pro- Mahathir dalam BN kepada pro-Mahathir dalam Pakatan Harapan".

Satu lagi contoh yang diberikannya ialah persembahan oleh kumpulan Drama Band yang menjadi kontroversi selepas dilihat menyindir bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, yang disiarkan di TV3.

"Tetapi, anda fikir, TV3 mungkin melakukan ini sejak lama, tetapi anda membenarkan diri anda menjadi alat parti itu dan gabungan itu selama bertahun-tahun dan kemudian hari ini anda membenarkan ini kerana orang lain telah berjuang untuk kebebasan anda .

"Namun anda tidak menggunakan kebebasan anda dengan cara untuk memperluaskan ruang tersebut. Anda tidak tahu bagaimana untuk menguruskan kebebasan itu.

"Bagi anda, kebebasan adalah 'okay, sekarang kita hanya melihat siapa kerajaan hari itu dan kemudian hanya mematuhinya'," kata Gayathry.

Beliau menegaskan bahawa pemilikan beberapa syarikat media besar tetap sama maka elemen kawalan ke atas media tidak berubah.

Apabila panel moderator Masjaliza Hamzah mempersoalkan sama ada persembahan Drama Band yang dilihat menyindir Najib akan disiarkan jika ia sebaliknya menyindir Mahathir.

"Jika dia (Mahathir) merasa terancam maka dia mempunyai semua alat yang diperlukan untuk memberitahu media untuk menghentikan semua ini.

"Kita pastinya lebih banyak mendengar BFM, Astro Awani dan LiteFM bercakap tentang politik. Itu bagus, tetapi ia tidak dapat dikekalkan kerana ada pihak yang boleh mengubahnya dengan cara lain pada masa depan jika mereka tidak berpuas hati.

"Dan sekiranya keadaan itu wujud di mana perkara itu (kebebasan media) boleh dirampas dengan begitu saja, ini bermakna kita tidak benar-benar menangani masalah sebenar isu ini," jelasnya.


Tiada ulasan: