Gesaan seorang pengguna media sosial supaya syarikat Les’
Copaque berusaha memperbaiki akhlak dipaparkan dalam kisah kanak-kanak
popular, Upin & Ipin nampaknya mencetus polemik dalam kalangan
peminat animasi berkenaan.
Pengguna akaun Twitter @alyaaoreo berkata, Les’ Copaque sewajarnya berusaha meningkatkan kandungan yang mempunyai nilai-nilai murni atau membatalkan saja rancangan mereka jika gagal berbuat demikian.
“Berhenti guna aku, kau. Kak Ros cakap kasar, terjerit-jerit.
Selain itu, pengguna akaun terbabit turut menggesa agar watak Sally dibuang.
"Buang karakter Sally whatever tu," ciapnya.
Watak Sally sebenarnya adalah seorang dewasa yang nama sebenarnya ialah Salleh. Salleh digelar sebagai Sally oleh orang-orang kampung ekoran perwatakannya yang disifatkan ‘lembut.’
Melalui hasil semakan Malaysiakini setakat petang ini, hantaran dikongsikan @alyaaoreo itu menerima lebih 6,000 tanda suka dan diulang kicau lebih daripada 4,000 kali. Bagaimanapun, ciapan itu telah dipadam beberapa jam selepas dinaikkan.
Perkongsian itu mengundang pelbagai respons daripada pengguna alam maya antaranya pengguna akaun choqkodok yang bersetuju dengan gesaan dibuat.
“Saya sebagai ayah kepada dua cahaya mata amat setuju dengan cadangan ni, saya tak mahu anak akan biadab dengan saya ketika bagi amaran, dia menjawab dengan keriangan; betul, betul, betul, lepas tu lari gelak-gelak hilangkan diri,” katanya.
Untuk rekod, watak Upin & Ipin, Kak Ros serta Sally sedang sohor kini di Twitter.
Sentiasa jaga adab
“Saya suka anak-anak menonton Upin & Ipin kerana banyak budaya dipaparkan terutama budaya kampung. Ia sentiasa menarik perhatian anak lelaki saya.
“Anak lelaki saya berusia dua tahun pun menyukainya. Setakat ni tak ada pula perkara tak elok berlaku pada anak saya kerana menonton rancangan tersebut kecuali pendedahan kepada perkara dia tak dapat nikmati di bandar,” katanya.
Sementara itu, bercakap kepada Malaysiakini, pengasas dan penerbit Les' Copaque Burhanuddin Md Radzi menjelaskan penggunaan dialog kau dan aku tidak sepatutnya menjadi isu selepas 14 tahun kisah animasi itu dihidangkan buat tontonan umum.
Katanya, watak Upin & Ipin tidak menggunakan perkataan kau dan aku sewaktu bercakap dengan orang dewasa.
"Sudah 14 tahun, dari dulu lagi kita sentiasa menjaga semua adab watak-watak dipaparkan.
"Upin dan Ipin hanya menggunakan dialog kau dan aku dalam kalangan rakan sebaya. Tapi dengan orang dewasa mereka menggunakan kata ganti nama sendiri iaitu Upin dan Ipin," katanya.
"Kami cipta Kak Ros sebagai seorang yang garang. Kami pernah kurangkan sikap garang Kak Ros tapi beratus-ratus pula orang komen sebab tak berpuas hati," katanya.
Pada masa sama, Burhanuddin mempertahankan perwatakan Salleh atau Sally dengan berkata, watak lelaki lembut memang wujud secara realiti pun begitu ia masih menjaga tatasulia pemakaiannya.
“Salleh masih berpakaian seperti lelaki bukan perempuan. Dalam dunia memang ada orang lembut, mereka makhluk Tuhan.
"Cuma saya pastikan tona suaranya tak dibuat melampau hingga tergedik-gedik dan dia masih membahasakan dirinya sebagai Abang Salleh,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan