Selasa, 24 Disember 2019

Kongres Cina: Manifestasi keangkuhan tiada sempadan

MOHD LUTTFI BIN ABDUL KHALID

 

Alasan institusi pendidikan Cina wujud sejak merdeka adalah bodoh

HANYA tiga muka surat tulisan Jawi sudah cukup untuk menggerakkan kumpulan-kumpulan pendesak rasis cauvinis Dong Zong untuk menandakan satu perhimpunan perkauman besar-besaran pada 28 Disember 2019 nanti.

Apa ancaman tiga muka surat tulisan Jawi kepada mereka sebenarnya?

Tidak ada langsung!

Apa yang sebenarnya yang ditakuti oleh puak ekstremis ini adalah terbongkarnya kepalsuan ‘perjuangan’ mereka, kesombongan dan keangkuhan untuk berasimilasi dengan masyarakat arus perdana, keengganan untuk melepaskan hubungan sejarah dan taat setia kepada negara atau tanah air asal mereka dan juga falsafah kelangsungan hidup (survival) yang lapuk dan primitif.

Alasan kononnya institusi-institusi pendidikan Cina telah wujud sejak merdeka adalah sangat bodoh dan merupakan satu percubaan untuk memperbodohkan orang lain. Dan mereka akan memperagakan babak-babak ‘penindasan’ dan persepsi ‘dimangsakan’ oleh pihak lain (termasuk pihak pemerintah) sekiranya keadaan menuntut demikian.

Semua sudah maklum bahawa orang-orang Cina ini bukan penduduk asal Tanah Melayu. Mereka tidak mempunyai saham sedikitpun dalam perjuangan sebenar bangsa Melayu untuk memerdekakan Tanah Melayu dari belenggu penjajahan dan penjajahan empayar British terhadap wilayah Nusantara.

Mereka terpaksa ‘menzahirkan’ perjuangan menuntut kemerdekaan pun hanyalah kerana ingin mempertahankan kepentingan-kepentingan mereka di Tanah Melayu, bukan atas dasar cintakan tanah air ataupun mempertahankan kedaulatannya.

Mereka dibawa masuk sebagai pendatang oleh imperialis British untuk membantu mencapai muslihat dan tujuan British di wilayah-wilayah yang dijajah. Pembanjiran beramai-ramai orang-orang dari Tanah Besar China juga merupakan satu jalan keluar dan penyelamat bagi suasana penindasan dan penderitaan yang dialami oleh puak-puak ini di negara mereka sendiri.

Pun demikian, taat setia mereka masih kepada Tanah Besar China. Keberadaan mereka di Tanah Melayu dan juga beberapa negara lain di Asia Tenggara hanyalah bersifat sementara, di mana apabila keadaan sudah semakin pulih dan kondusif, mereka akan kembali ke tanah air tempat tumpah darah mereka.

Sementara datangnya tarikh tersebut, mereka akan tinggal di Tanah Melayu sebagai ‘transit sementara’ sahaja. Justeru itu, apa sahaja unsur-unsur budaya, bahasa, adat resam, pendidikan, identiti, jati diri, nilai dan agenda perlu dikekalkan, dipertahankan dan diwarisi dari generasi ke generasi, meskipun ia akan memberi kesan negatif dan mengancam tapak’ mereka berteduh dan mencari mata pencarian.

Persinggahan dan perpindahan mereka ke ‘tapak subur’ ini tidak bersifat kekal. Bagaimanapun, sementara mendapat tempat berteduh dan berlindung baru ini, tidak ada yang akan menghalang mereka dari meraih sebanyak mana manfaat dan keuntungan dari ‘tapak’ baru ini.

Apabila didapati harapan untuk kembali ke tanah air besar China semakin tipis dan agak mustahil, maka segala perjuangan mereka perlu diangkat supaya “tuan rumah” tempat mereka menumpang nasib tidak berani mengganggu gugat apa yang mereka telah capai dan perolehi. Siapa sahaja yang menjadi pemerintah akan di”ajar” supaya tidak berani menjentik walau seinci pun “kekebalan” yang mereka telah nikmati, apatah lagi untuk menghapuskannya.

Kongres Perkauman yang bakal diadakan pada 28 Disember ini, pada pandangan saya, mempunyai persamaan dengan penindasan, kezaliman dan perlanggaran hak-hak asasi terbesar di negara China terhadap umat islam di wilayah autonomus Turkistan Timur. (Satu persamaan lain yang sedang berlaku di wilayah autonomus Kashmir – tapi ini perlu kepada satu perbincangan berasingan pula).

Jika tiga muka surat tulisan Jawi sudah menggemparkan masyarakat Cina dan menggoncangkan jati diri dan sanubari Dong Zong dan seangkatan dengannya, (yang boleh dikatakan sebagai mewakili kepentingan-kepentingan bangsa Cina di Malaysia), maka tidak menghairankan apabila kerajaan China bersifat tidak berperikemanusiaan dan ‘barbaric’ terhadap apa sahaja elemen yang dianggap ‘mencemarkan’ identiti dan mengancam kedaulatan bangsa dan negara China.

Mayarakat Malaysia, umat Islam, bangsa Melayu dan pembaca semua perlu sedar walaupun kongres perkauman yang bakal diadakan pada hujung minggu ini batalkan sekalipun, ia tetap memberi isyarat jelas bahawa pertubuhan Dong Zong tetap bersifat rasis dan perjuangan mereka juga bersifat rasis dan cauvinis, satu persamaan yang dikongsi bersama dengan parti-parti DAP, MCA dan Gerakan.

Perjuangan Dong Zong dan yang seangkatan dengannya tidak dapat lari dari agenda negara asal China iaitu Huaqiao – (华侨) dan Huaren (华人) bermaksud Orang-orang Cina Seberang Laut (Chinese Overseas). Kerajaan China wajib mempertahankan kepentingan-kepentingan rakyatnya yang berasal dari tanah besar China, meskipun mereka sudah bermastautin atau menjadi warganegara-warganegara lain.

‘Penjagaan’ Kerajaan China ini termaktub di dalam satu undang-undang yang dinamakan “Law of the People’s Republic of China on the Protection of the Rights and Interests of Returned Overseas Chinese and the Family Members of Overseas Chinese”.

Sebab itu jugalah sekolah-sekolah vernakular Cina masih dipertahankan hingga ke hari ini, dan sebarang percubaan untuk menghapuskannya akan dipatahkan, sama ada melalui tekanan-tekanan politik mahupun dasar-dasar kerajaan pemerintah sendiri. Lihat sahaja falsafah penubuhan Dong Zong dan pembaca akan faham sendiri.

Kita ingin bertanya: Apakah keuntungan yang kerajaan perolehi dengan mempertahankan kewujudan sekolah-sekolah vernakular ini, sehingga tergamak memberi mereka dana dari belanjawan negara?

Kewujudan sekolah-sekolah rasis ini bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, akan tetapi juga hanya memperkukuhkan keceluparan kumpulan rasis cauvinis ini ke atas sistem pendidikan negara yang harmoni.

Kongres Perkauman Dong Zong pada 28 Disember ini adalah ancaman kepada kestabilan negara.
Pihak berkuasa patut membatalkan kongres ini dan mengharamkan pertubuhan tersebut.


Tiada ulasan: