Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Bila rejim komunis China tindas Uyghur kamu membisu
BANGI
– Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak Presiden
parti perkauman, MCA, Wee Ka Siong yang lantang menggesa Tun Dr Mahathir
Mohamad daripada mengeluarkan kenyataan, kononnya bimbang akan
menyinggung negara lain sehingga menjejaskan Malaysia.
Mengganggap
Ka Siong campur tangan urusan perdana menteri, Ridhuan Tee menegaskan
bahawa Malaysia mempunyai hak untuk bersuara menentang kebejatan yang
dilakukan oleh negara luar terutama sekali apabila membabitkan umat
Islam.
Beliau juga
hairan apabila presiden parti Cina itu lantang mengkritik kenyataan Dr
Mahathir sedangkan sudah tidak lagi berkepentingan di dalam kerajaan.
“Kau diamlah
Ka Siong, kamu bukan siapa-siapa. Jangan campur tangan urusan perdana
menteri. Parti kamu tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Sejak
tidak berada dalam kerajaan, Presiden MCA begitu lantang mengkritik Tun
Mahathir.
“Malah
kenyataan atau pendapat peribadi Tun Mahathir mengenai isu
kewarganegaraan negara India pun dipertikaikan oleh Ka Siong. Hairan
sungguh Ka Siong ni!
“Kamu bukan
siapa-siapa lagi Ka Siong. Kamu menang pun kerusi Parlimen Ayer Hitam,
atas ihsan undi Melayu. Harapkan undi ultra kiasu, sudah lama kamu
lingkup. Tak ada langsung wakil di Parlimen, kecuali Tanjung Piai yang
kamu menangi baru-baru ini,” katanya.
Terdahulu, ketua parti komponen pihak pembangkang itu meminta perdana menteri berhenti ‘bergaduh’ dengan negara-negara besar.
Menulis di
laman Facebooknya, Ka Siong akur akan banyaknya pengalaman Dr Mahathir
sebagai seorang pemimpin, namun menambah PM Malaysia itu juga ‘terkenal
dengan sikap suka bergaduh dengan kuasa-kuasa besar dunia.’
Membidas
kenyataan itu, Ridhuan Tee berkata, teguran PM kepada kerajaan India
berkait rapat dengan masa depan umat Islam di sana, kerana jelas sekali
umat Islam didiskriminasi, dianiaya dan dibunuh saban hari.
“Apakah kita
tidak ada hak untuk bersuara. Kenapa kamu diam Ka Siong, bila nasib
menimpa umat Islam. Tetapi bila hak pendidikan Cina dicuit sedikit kamu
begitu lantang mempertahankan. Ultra kiasu sungguh kamu.
“Siapa lagi
yang boleh menegurkan kerajaan komunis China dalam isu Uyghur melainkan
Malaysia? Kenapa kamu masih diam dengan tindakan kuasa besar negara
China ke atas umat Islam Uyghur?
“Aku pun
Cina juga, tetapi aku tahu membezakan mana dia hak mana dia batil,
walaupun terpaksa mengutuk tindakan manusia sebangsa. Salah tetap salah,
bukan soal siapa?,” katanya.
Mengulas
lanjut, beliau berkata, umum mengetahui bahawa Ka Siong memang tidak
menggemari perdana menteri hari ini kerana beliau sememangnya tidak
‘memberi muka’ kepada NGO rasis ultra kiasu komunis yang sealiran dengan
MCA iaitu Hua Zong, Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong.
“Kamu sokong
perhimpunan komunis ini pada 28 Disember bersama parti ultra kiasu
lain, sedangkan PM minta supaya dibatalkan. Ternyata, kamu dan
parti-parti ultra kiasu dan NGO yang komunis yang lain nampak macam
berbeza, sebenarnya kamu memang satu.
“Bila diusik
sedikit pendidikan Cina, habis kamu semua melompat. Bila nasib menimpa
umat Islam di China, kamu diam. Tidakkah ciri-ciri menampakkan ada
pengaruh komunis?
“Sudahlah Ka
Siong, jagalah parti kamu yang semakin nazak. Kamu mahu bersama Barisan
Nasional (BN), tetapi kamu tolak Muafakat Nasional. Saya tahu apa
strategi dan sebahagian yang ada di kepala Ka Siong,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan