Sabtu, 28 Disember 2019

Tulisan Jawi ke arah pengislaman pelajar bukan Muslim?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF

Dong Jiao Zong buat dakwaan, sebar berita palsu


 

TERKEJUT mendengar kenyataan wakil Dong Jiao Zong, Ng Chai Heng, dalam Forum “Jawi: Memahami Satu Sama Lain” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCH) semalam bahawa punca utama Dong Jiao Zong menentang pengajaran tulisan Jawi adalah kerana bimbang ia akan menyebabkan pelajar-pelajar bukan Islam diIslamkan.

Dakwa Ng Chai Heng secara terbuka dalam forum ini: “The fear to be Islamized is real, people (at sekolah Kebangsaan) have been converted” (“Kebimbangan untuk diIslamkan adalah benar, pelajar-pelajar (di sekolah Kebangsaan) telah diIslamkan”.

Bagaimanapun, bila ditekan oleh Nathaniel Tan, Ng Chai Heng sekadar berkata, “I was told, that is not what I see, I was told but it is true or not I am not sure” (“Saya diberitahu, saya tidak lihat, saya diberitahu tetapi sama ada ia betul atau tidak saya tidak pasti”).

Membuat dakwaan bahawa pengIslaman pelajar-pelajar bukan Islam berlaku di sekolah Kebangsaan adalah suatu perkara yang amat serius, apatah lagi bila pihak yang membuat dakwaan ini sendiri tidak pasti sama ada dakwaan beliau ini adalah betul atau tidak.

Dan atas kebimbangan untuk diIslamkan yang diasaskan kepada khabar angin semata-mata inilah yang mendorong Dong Jiao Zong menentang pengajaran tulisan Jawi.

Alangkah bebalnya Dong Jiao Zong jika beginilah keadaan sebenarnya.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/208455

Bantahan kepada Jawi kerana bimbangkan Islamisasi, kata Dong Jiao Zong

KEBIMBANGAN terhadap Islamisasi adalah sebab mengapa Dong Jiao Zong menentang pengajaran tulisan khat Jawi di sekolah, kata jurucakap kumpulan itu.

Ng Chai Heng berkata beliau mendengar cerita bagaimana pelajar bukan Islam memeluk agama itu secara rahsia.

Bagaimanapun, Ng menjelaskan beliau masih belum ditunjukkan bukti bahawa proses Islamisasi berlaku menerusi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran agama Islam.

“Saya dengar tetapi saya tak nampak (ada bukti),” katanya pada Forum Jawi: Memahami Satu Sama Lain di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCH), semalam.

“Ini bukanlah tentang kebimbangan pengajaran Jawi (di sekolah Vernakular). Biar saya jelaskan yang apa yang kami bimbang dan takuti adalah Islamisasi,” tambahnya.

https://www.themalaysianinsight.com/s/208454

Opposition to Jawi based on Islamisation, says Dong Jiao Zong

THE fear of Islamisation is the reason Dong Jiao Zong is opposing the teaching of Jawi in schools, a forum on the script heard.

The Chinese education group’s spokesman, Ng Chai Heng, said he has heard stories of how non-Malay pupils were converted to Islam discreetly.
However, Ng said he has no proof of the Islamisation through Islamic education.


“I have heard it but I have not seen it,” he told the Jawi forum: understanding each other at the Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (KLSCH).

“This is not about the fear on teaching Jawi (at vernacular schools). Let me be clear about this, we are concerned and worried about Islamisation.
  HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: