Seolah satu ‘jual beli’ serah tubuh kaum hawa dengan balasan duit
BANGI
– Aplikasi mencari pasangan dalam talian ‘Sugarbook’ yang mencetuskan
kontroversi ketika ini amat bertentangan dengan konsep pengupayaan
wanita, tegas Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustazah
Suriani Sudi.
Menjelaskan
mengenai pengupayaan wanita, beliau berkata, ia sepatutnya memberi
kebebasan kepada wanita untuk mengejar impian dan cita-cita selari
dengan syariat, boleh menuntut ilmu, boleh bekerja serta memegang
jawatan di samping tidak mengabaikan tanggungjawab asasi di rumah.
“Tetapi
konsep ‘sugar daddy’ dalam aplikasi Sugarbook ini bukan satu usaha
pengupayaan wanita, malah adalah antara unsur memperbodohkan dan
eksploitasi wanita.
“Ia seolah-olah satu ‘jual beli’ serah tubuh wanita dengan balasan duit,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Sugarbook
ialah aplikasi yang didakwa boleh menghubungkan ‘sugar daddy’ atau
‘sugar mommy’ dengan ‘sugar baby’ dari negara ini dan seluruh Asia.
Panggilan
‘sugar daddy’ atau ‘sugar mommy’ merujuk kepada lelaki atau wanita
berusia lagi berharta yang sanggup menawarkan wang, hadiah atau habuan
lain kepada temannya yang lebih muda iaitu ‘sugar baby‘ sebagai
pertukaran kepada jalinan hubungan.
Selepas
isu itu tular, pengasas aplikasi Darren Chan tampil mengeluarkan
kenyataan, menjelaskan bahawa Sugarbook tidak wajar diharamkan oleh
kerajaan kerana bukan mempromosi aktiviti pelacuran sebaliknya sebagai
platform seluas-luasnya kepada kaum wanita memilih pasangan hidup tanpa
sebarang halangan.
Darren
berkata, inisiatif memperkasakan wanita adalah mencakupi usaha
menggalakkan wanita meningkatkan keupayaan mereka memilih pasangan hidup
dengan bebas.
Kelmarin,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan paparan visual
iklan luar LED Sugarbook di Bangsar dan Bukit Kiara dihentikan dan
diturunkan.
DBKL berkata, paparan iklan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).
Mengulas
lanjut, Ustazah Suriani berkata, pihaknya maklum bukan sekadar Sugarbook
tapi terdapat pelbagai lagi aplikasi dan laman web di luar sana yang
mengeksploitasi wanita.
“Wanita
Isma membantah sekeras-kerasnya aplikasi-aplikasi sebegini. Wanita Isma
menyeru kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
untuk memantau rapat pergerakan medium-medium sebegini dan diharamkan di
Malaysia,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan