KUALA LUMPUR: Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berjumpa dengan Azilah Hadri, sejak
bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu dipenjarakan atas kesalahan
membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Dr Mahathir juga menafikan Kerajaan Malaysia merupakan dalang di sebalik kenyataan akuan bersumpah (SD) yang dikeluarkan Azilah mengenai dakwaan pembabitan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes itu.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Dr Mahathir juga menafikan Kerajaan Malaysia merupakan dalang di sebalik kenyataan akuan bersumpah (SD) yang dikeluarkan Azilah mengenai dakwaan pembabitan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes itu.
“Ada juga cubaan untuk membayangkan Dr Mahathir merupakan ‘VVIP’ (orang kenamaan), yang didakwa mengadakan perjumpaan dengan Azilah, yang bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati, di Penjara Kajang, pada Februari lepas,” menurut kenyataan itu lagi.
BACA: Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak
BACA: Dakwaan Azilah dibawa keluar jumpa VVIP langsung tidak benar - Jabatan Penjara Malaysia
Semalam, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib mendakwa Azilah dibawa keluar dari Penjara Kajang untuk bertemu seorang VVIP Februari lalu.
Muhammad Shafee turut mendakwa, Azilah telah menerima tawaran daripada seorang pemimpin politik untuk meringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup sekiranya membuat SD berkenaan.
BACA: Kes bunuh Altantuya: Permohonan semakan difailkan Azilah didengar 20 April
Dalam pada itu Pejabat Perdana Menteri berkata, Dr Mahathir turut menolak dakwaan bahawa Kerajaan Malaysia merupakan ‘dalang’ di sebalik pengeluaran SD berkenaan.
“Memandangkan kes ini melibatkan proses perundangan, Kerajaan akan membiarkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menentukan tindakan yang seterusnya,” menurut kenyataan itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan