PUTRAJAYA – Perdana Menteri hari ini enggan mengulas ketika
ditanya wartawan sama ada beliau ada berjumpa dengan Azilah Hadri atau
tidak.
Sambil tersenyum, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggeleng-gelengkan
kepalanya sebelum bangun menamatkan sidang media susulan lawatannya ke
Bandar Malaysia selepas menyaksikan majlis permeteraian perjanjian
antara TRX City Sdn Bhd (TRXC) dan IWH CREC Sdn Bhd (IWH-CREC) hari ini.
Sebelum itu, ada dakwaan mengatakan Azilah yang juga bekas
anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis ada berjumpa dengan VVIP
sebelum mengemukakan akuan bersumpah (AD) mendakwa Datuk Seri Najib
Razak mengarahkannya membunuh Altantanyu Shaariibu.
Azilah kini di Penjara Kajang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati.
Terdahulu, peguambela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
mendakwa Azilah berjumpa dengan seorang VVIP di luar penjara Kajang pada
Februari lalu. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan