Oleh Athirah Huda Zalhe
Kerajaan tak bertindak, tak pastilah mangsa ke berapa maut tahun ini
BANGI – Marah dan kesal. Itulah perasaan yang digambarkan pengguna media
sosial terhadap insiden kemalangan maut membabitkan seorang penerbit
selepas kereta dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda
dipandu lelaki yang disyaki mabuk, awal pagi semalam.
Perasaan
marah itu dizahirkan netizen terhadap pemandu berkenaan, selain kesal
dengan sikap tidak serius kerajaan dalam menangani isu kemalangan jalan
raya yang disebabkan pengaruh alkohol.
Sejak
kebelakangan ini, banyak kes kemalangan dilaporkan membabitkan pemandu
mabuk sehingga menyebabkan mangsa terkorban dan hilang upaya kekal.
Jun lalu,
Roslinda Mohamad Isa, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di
Hospital Kepala Batas selepas gerai nasi lemak dirempuh sebuah kereta
yang dipandu seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.
Sebulan
kemudian, satu lagi kes sama membabitkan seorang pekerja kontrak yang
maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika sedang melakukan kerja
kawalan lalu lintas di Persiaran Perdana, Sri Damansara.
Kejadian
sama turut meragut nyawa Mohaidin Gani Mohamad, 58, apabila motosikalnya
dirempuh oleh kereta seorang wanita warga China berhampiran lampu
isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat.
Bulan
lalu, seorang pegawai bank pula maut selepas kereta dipandu terbabit
kemalangan berhampiran susur keluar Bandar Puteri, Lebuhraya Shah Alam
(KESAS) dipercayai dilanggar pemandu dalam keadaan mabuk.
Gesa isu
ini dipandang serius, pemilik akaun, Shukor Said berkata, kerajaan perlu
bertegas dengan masalah berkaitan arak, selain mewajibkan pampasan
diberikan kepada keluarga mangsa.
“Tak pastilah ini mangsa ke berapa dalam tahun ini, yang maut akibat daripada pemandu mabuk,” tulis Mohd Roshdi Hassan.
“Kesian, tapi sayang kerajaan tak berani ambil tindakan. Menteri semua buat bodoh saja,” tulis Zabri Sob.
“Andai
kempen Car Seat boleh dilaksanakan bagi menjaga nyawa kanak-kanak,
mengapa kempen menjauhi arak atau mengharamkan terus arak tidak
dilaksanakan? Bukankah mudarat arak telah terbukti jelas?,” tulis Ukhtie
Eila.
Mohd Yahya
Kasnan berkata, penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan
memandangkan kes ‘pembunuh jalanan’ yang berlaku kebelakangan ini adalah
berpunca daripada pemandu mabuk.
“Kalau
memudaratkan diri sendiri tak apa juga, ini tidak pasal orang lain
menjadi mangsa. Anak jadi yatim, isteri jadi balu. Masih nak dibela lagi
bakal-bakal pembunuh ini?,” tulisnya.
“Haramkan
sahaja penjualan arak. Dah jelas arak haram dalam Islam dan kita melihat
betapa hebatnya agama Islam,” kata Yazid Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan