Sabtu, 21 Disember 2019

MTUC dapat notis tunjuk sebab pembatalan pendaftaran


Wartawan MalaysiaGazette



MTUC_logo620x464_1
MTUC

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ( MTUC) diberi tempoh selama 30 hari untuk memberi jawapan notis mengapa pendaftarannya ia tidak patut dibatalkan.

Notis itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Seksyen 13(2) iaitu Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan.

JPPM dalam kenyataannya berkata, notis itu dikeluarkan selepas JPPM menerima aduan pada 2 Julai 2019 berkenaan pengurusan MTUC tidak diuruskan dengan baik.

Sehubungan dengan itu, JPPM telah membuka Kertas Siasatan Aduan pada 29 Ogos 2019 dan seterusnya menjalankan siasatan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

“Pihak JPPM juga dalam masa yang sama telah mengeluarkan Notis 13 (2A) iaitu Perintah Penggantungan ke atas MTUC bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar mana-mana aturan pertubuhannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai sebuah jabatan yang menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] adalah menjadi tanggungjawab JPPM untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pertubuhan yang melanggar Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

“Adalah diingatkan bahawa setiap pertubuhan berdaftar hendaklah menjalankan aktiviti dan urusan-urusannya mengikut peruntukan perlembagaan berdaftarnya serta Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335],” tambahnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: