Lagi syarikat rokok bidas Kementerian Kesihatan kerana tidak konsisten
Robin AugustinPengarah urusan JTI Malaysia Cormac O’Rourke berkata, kementerian Kesihatan harus memberi perhatian kepada isu rokok haram.
PETALING JAYA: JTI Malaysia berkata, ia berkongsi kebimbangan
syarikat pesaingnya, British American Tobacco (BAT) mengenai tafsiran
dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan produk tembakau.
Ini berikutan langkah BAT memfailkan satu semakan kehakiman terhadap
Kementerian Kesihatan berhubung keputusannya untuk mengkategorikan
semula curut mini, yang dikenali sebagai cigarillos, sebagai rokok dan
penarikan balik kebenaran menjual cigarillos sebagai produk tembakau
bukan rokok.
Berhubung semakan kehakiman yang difailkan oleh BAT, pengarah urusan
JIT Malaysia Cormac O’Rourke berkata, akar masalahnya ialah tafsiran
undang-undang yang tidak konsisten, terutamanya Peraturan-peraturan
Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Di bawah undang-undang ini, rokok didefinisikan sebagai “apa-apa
hasil yang mengandungi keseluruhannya atau sebahagiannya tembakau yang
dipotong, dicarik atau dikilang atau apa-apa terbitan atau pengganti
tembakau yang digulung di dalam pembalut kertas tunggal atau lebih, dan
boleh digunakan dengan serta-merta untuk merokok”.
O’Rourke berkata, walaupun definisi itu sendiri adalah jelas, namun
semakan kehakiman tersebut menimbulkan persoalan tentang bagaimanakah
definisi tersebut terpakai ke atas produk tembakau di pasaran yang
“memenuhi semua sifat definisi sebatang rokok”.
“Kementerian tidak boleh bersikap selektif ketika menafsirkan dan
menguatkuasakan undang-undangnya sendiri. Apabila sesuatu produk
menepati definisi rokok, maka ia mesti dikuatkuasakan sebegitu, secara
konsisten dan telus.”
Beliau juga menggesa Kementerian Kesihatan supaya memberi perhatian
kepada isu rokok haram yang mewakili 65 peratus daripada semua rokok
yang dihisap di negara ini.
Baru-baru ini pengarah urusan BAT Erik Stoel dilaporkan berkata,
mereka “keliru” bahawa cigarillos jenis lain yang berada di pasaran
tidak termasuk dalam tindakan penguatkuasaan.
Katanya, hanya cigarillos di bawah BAT menjadi tumpuan serbuan pihak
berkuasa dan ini menurut beliau memperlihatkan sikap tidak konsisten
kementerian dalam pelaksanaan dasarnya sendiri.
“Produk ini diluluskan sebagai item bukan-rokok bukan sahaja oleh
Kementerian Kesihatan setah
un lepas, tetapi juga oleh Jabatan Kastam
Malaysia.“Menarik balik kelulusan secara sepihak tanpa peluang rundingan
adalah berlawanan dengan jangkaan wajar sebuah syarikat yang berdaftar
secara sah, apatah sebuah syarikat yang disenaraikan seperti kami,”
katanya dalam satu kenyataan bagi menjelaskan rasional BAT memfailkan
semakan kehakiman itu.
Terdahulu Badan Bertindak Wanita bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan
Malaysia (MyWATCH) menggesa Putrajaya menggubal satu undang-undang umum
bagi semua hasil tembakau dan berkait tembakau bagi mengatasi masalah
kelemahan undang-undang sedia ada.
Ini susulan kebimbangan kumpulan kesihatan awam berhubung produk
hisapan bukan-bakar (HNB) dan curut mini yang dikecualikan daripada
undang-undang berkaitan rokok kerana ia tidak didefinisikan sebagai
rokok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan