Isnin, 7 Oktober 2019

Ucapan Dr Mahathir didakwa hina Melayu

Wartawan MalaysiaGazette
Aminuddin Yahaya
Aminuddin Yahaya


KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah kecewa apabila kenyataan dan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Kongres Maruah Melayu 2019 hanya menghina orang Melayu.

Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata, ucapan Perdana Menteri itu tidak menampakkan elemen baharu ke arah menuju perpaduan ummah, sebaliknya hanya merendahkan bangsa itu dengan menyatakan orang Melayu tidak mahu kerja keras, enggan kerja susah dan sebagainya.

Tegasnya, penganjuran Kongres Maruah Melayu tidak menaikkan imej dan maruah Melayu tetapi menjatuhkan semangat orang Melayu walaupun 15 kluster yang dibangkitkan cukup positif dan ada unsur-unsur kebersamaan.

Menurut beliau, 60 hingga 70 peratus ucapan Dr Mahathir menghina dan menjatuhkan imej Melayu sehingga tidak menghormati pemimpin-pemimpin parti politik Melayu yang datang untuk melihat kebersamaan dalam jati diri dan perpaduan Melayu Islam.

“Ucapan Tun anti-klimaks kerana merendahkan orang Melayu.

“Saya rasa majoriti orang Melayu kecewa dengan apa yang diucapkan oleh Tun dan kami harapkan rakyat terus bangun dan jangan membiarkan kerajaan seperti ini mempersenda-sendakan tentang nasib bangsa orang Melayu,” katanya menerusi FB Live.

Gerakan Pembela Ummah juga menyifatkan Kongres Maruah Melayu tidak mencapai matlamatnya dan amat malang apabila negara ini terus menyaksikan perpecahan.

“Ucapan Tun anti-klimaks kerana merendahkan orang Melayu.

“Saya rasa majoriti orang Melayu kecewa dengan apa yang diucapkan oleh Tun dan kami harapkan rakyat terus bangun dan jangan membiarkan kerajaan seperti ini mempersenda-sendakan tentang nasib bangsa orang Melayu,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: