Isnin, 7 Oktober 2019

Orang Cina belum tentu rasa ‘syurga’ di negara asal

PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLAH


Ultra kiasu patut belajar hormat Melayu jika mahu hidup aman

MESKIPUN Kongress Maruah Melayu belum bermula ketika artikel ini ditulis, saya menjangka perhimpunan disebabkan oleh respon terhadap keceluparan ultra kiasu bukan Melayu yang kerap kali membangkitkan isu-isu sensitif yang telah disepakati bersama ketika mereka diterima sebagai rakyat negara ini seperti kedudukan agama Islam, kedudukan hak istimewa bahasa Melayu, orang Melayu (Bumiputera) kedudukan raja-raja Melayu dan beberapa perkara berkaitan Melayu dan Islam.

Saya menjadi hairan, sudah lebih 62 tahun kita merdeka, kenapa bukan Melayu masih lagi tidak faham hidup bernegara, malah menjadi semakin kurang ajar? Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat terhadap Islam dan Melayu. Menuntut sesuatu yang tidak sepatutnya dituntut. Sudah tentu Melayu berasa tercabar dan terancam?

Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969? Apa tujuan ultra kiasu membangkitkan isu-isu sensitif sedangkan orang Melayu Islam terlalu jarang memcampuri urusan bangsa dan agama ultra kiasu?

Sedangkan semua tahu, di negara ini kehidupan ultra kiasu, kebajikan mereka terjaga, keadilan atas nama memberikan hak kepada yang berhak, telah diberikan. Malah mereka jauh lebih kaya daripada Melayu dan Bumiputera itu sendiri. Tidak pula kita merasa dengki.

Saya tidak fikir perkara ini boleh dilakukan di negara lain, terutama mereka yang bergelar mendatangi sesebuah negara atau imigran.

Sebab itu, saya teruja dengan perbandingan yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin (2019) antara Cina Malaysia dengan Cina Indonesia dan di Thailand yang selalu saya perkatakan sebelum ini.

Apakah kaum Cina di Indonesia berani melakukan perkara sama seperti yang dilakukan oleh ultra kiasu Cina di Malaysia. Sudah tentu orang Indonesia tidak akan memberi muka kepada kaum Cina seperti mana orang Melayu memberi muka kepada orang Cina di Malaysia.

Raja Petra mengatakan pada tahun 1965 hingga 1966, dianggarkan antara dua hingga ke tiga juta kaum Cina mati di bunuh di Indonesia.

Orang Cina ketika itu beri pilihan, mahu tinggal di Indonesia mesti mengasimilasikan diri menjadi orang Indonesia. Jika tidak, balik ke negara asal China. Semua perhubungan dengan negara asal China diputuskan.

Segala bahan dan dokumen berkaitan dengan China, termasuk Sekolah Cina akan dibakar dan dimusnahkan. Begitulah ketegasan pemimpin Indonesia dalam membina negara.

Negara kita tidak sebegitu. Melayu raikan Cina tanpa mengubah sedikit pun Cina yang mendatang ini. Sekolah-sekolah Cina terus beroperasi secina-cinanya tanpa diganggu, malah lebih Cina daripada negara China.

Lebih menyedihkan, mereka yang mengidolakan komunis dan pengganas LTTE tidak disiasat secara serius berbanding orang Islam yang menyimpan dokumen atau buku berkaitan pengganas seperti Osama Ladin.

Menurut Raja Petra lagi, selepas tamatnya Perang Vietnam pada tahun 1975, sehinga awal tahun 1990, orang Cina Vietnam menghadapi diskriminasi dan kezaliman yang sangat dahsyat di bawah regim komunis. Ramai dalam kalangan mereka lari ke negara kita. Peristiwa ini dikenali sebagai “Vietnamese Boat People”.

Pelarian Vietnam ini tidak berani lari ke Thailand walau pun negara itu lebih dekat kerana tahu, mereka tidak akan selamat di sana.

Jika mereka ke Thailand, sudah tentu mereka akan dirompak atau dibunuh. Gadis-gadis muda akan dilacurkan. Lantaran itu, “Vietnam Boat People” ini memilih Malaysia iaitu negeri Terengganu, kawasan majoriti Melayu Islam, bagi menyelamatkan diri.

Orang Cina Vietnam ini tahu, mereka akan selamat di bawah jagaan orang Islam. Sama seperti ketika penghijrah bukan Melayu ke Alam Melayu, Tanah Melayu. Dengan Islamnya Melayu, pastinya bukan Melayu akan selamat.

Orang Melayu Islam yang memahami Islam tidak akan menzalimi orang bukan Islam. Lebih-lebih lagi dalam kesusahan. Selagi Melayu Islam memahami Islam selagi itulah nasib bukan Islam akan terjamin.

Bukan sahaja orang Melayu Terengganu meraikan “Boat People”, tetapi Cina Vietnam ini diberikan perlindungan, makanan dan juga layanan, jauh lebih baik daripada layanan PBB.

Lebih hebat lagi kebaikan Melayu, Pulau Bidong, Terengganu, dijadikan tempat pendaratan pendatang Cina Vietnam. Pulau tersebut turut dikawal rapi oleh askar Melayu bagi memastikan keselamatan Cina Vietnam terjamin. Sehinggakan orang Melayu sendiri tidak dibenarkan untuk menghampiri Pulau Bidong untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Begitulah baiknya Melayu.

Ringkasnya, peristiwa “Vietnamese Boat People” membuktikan bahwa orang bukan Islam meletak kepercayaan yang tinggi kepada orang Melayu Islam, berbanding negara Asia Tenggara lain yang diperintah oleh bukan Islam. Terbukti dalam sejarah, bukan Islam bukan hidup senang lenang dalam negara Islam, berbanding umat Islam berada di negara bukan Islam.

Mengiyakan apa yang dinukilkan orang Raja Petra, inilah sifat orang Melayu Islam yang selama ini saya perkatakan. Saya minta orang Cina dan ultra kiasu agar cuba merenungi dan memahami demi Malaysia tercinta sebelum nasi menjadi bubur.

Islam mengajar Melayu menjadi manusia yang begitu baik. Meraikan tetamu yang tidak diundang, jauh lebih baik daripada negara asal usul mereka.

Masalah, kenapa kebaikan Melayu dibalas dengan tuba oleh ultra kiasu ini?

Apakah ultra kiasu boleh hidup aman jika mereka tinggal di negara asal usul selain daripada Malaysia? Bandingkan nasib umat Islam Uyghur berjumlah lebih 11 juta di China. Begitu juga umat India Islam berjumlah 173 juta di India. Saban hari mereka dibunuh secara terancang.

Saya cukup hairan kenapa ultra kiasu begitu berani menghina bangsa majoriti Melayu? Malah perlakuan hina seperti terbalik bendera, menghina lagu kebangsaan, menghina majlis doa di sekolah dan berbagai lagi. Jika di negara komunis China sudah lama orang seperti ini hilang.

Saya mahu tengok sejauh mana keberanian Hong Kong dan Taiwan untuk keluar daripada China atau menghina pemimpin komunis. Jika peristiwa hitam Tiananmen 1989 boleh berlaku, saya tidak fikir pemimpin komunis tidak akan melakukan perkara sama buat kali kedua jika Hong Kong dan Taiwan berkeras.

Begitulah tegas negara lain dalam membina negara. Kita bagaimana? Sudah terang lagi bersuluh kejahatan ultra kiasu. Kita terus bersangka baik, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

Saya bawa contoh kecil apa yang berlaku di sekitar Gong Badak, Terengganu. Selama hampir 6 tahun tinggal di sini, saya diberitahu, ada pasaraya Cina ultra kiasu di Terengganu, terang-terang menolak produk Melayu untuk dijual di pasaraya mereka.

Lebih hina ini pasaraya yang hidup di kawasan majoriti Melayu, memasang ayat ayat suci al-Quran bagi melariskan jualan dengan menarik pelanggan-pelanggan Melayu untuk membeli belah di pasarayanya.

Mana ada pasaraya di negeri lain terutama Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang memasang ayat-ayat suci al-Quran dalam pasaraya mereka. Semua ikut citarasa masing. Malah, lagu-lagu Melayu tidak pernah dimainkan. Semua lagu Inggeris. Tiba musim perayaan, pasaraya seolah menjadi parasaya di Hong Kong. Tenggelam habis identiti sebuah negara asal usul Melayu.

Tetapi pasaraya Cina Terengganu memasang ayat-ayat suci al-Quran, malah azan turut berkumandang. Adakah dengan tindakan ini menunjukkan ultra kiasu bersyukur dan menghormati identiti Melayu?

Adakah ultra kiasu ini ikhlas? Sudah tentu tidak, melainkan untuk melariskan jualannya. Jika mereka ikhlas sudah tentu mereka akan menerima produk Muslim.

Pasaraya ultra kiasu ini tidak boleh hidup di kawasan majoriti jika orang Melayu memulaunya. Suka atau tidak terpaksa pasaraya mereka diMelayukan atau diIslamkan, agar terus dapat mengaut keuntungan. Orang Melayu bukan tidak sedar.

Melayu sedar dan amat sedar, kerana mereka ada pilihan pasaraya Melayu seperti Sabasun, tetapi mereka terus membeli belah di pasaraya Cina. Inilah kebaikan Melayu di Terengganu.

Lihatlah betapa liciknya ultra kiasu. Tidak cukup dengan itu bagi melariskan produk mereka, banyak produk ultra kiasu yang menggunakan nama-nama Islam (arab), termasuk huruf jawi bagi tujuan melariskan jualan atau produk.

Hakikat sebenarnya merekalah penentang tegar tulisan jawi yang ingin diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan sebanyak 6 muka di sekolah, kemudian menjadi 3 muka, kemudian menjadi tidak payah. Nampak tak betapa jahatnya ultra kiasu ini?

Lihat nama-nama produk ultra kiasu berjenama Melayu dan bertulisan jawi bagi menarik pembeli Melayu seperti cap masjid, cap kampungku, Saudi, dan berbagai lagi nama Melayu diselang seli dengan nama berbunyi Arab.

Di Terengganu ada beberapa pasaraya Melayu bernama Sabasun, saya tidak tidak pernah melihat orang Cina datang ke pasaraya Melayu ini. Selama ini memang Cina membeli produk Cina dan pergi ke pasaraya Cina.

Tiba-tiba apabila ada Melayu Islam mempunyai kesedaran supaya mengutamakan produk Muslim, Buy Muslim First (BMF), tiba-tiba ultra kiasu menjadi panas punggung.

Justeru, sudah sampainya kita semua mengajarkan ultra kiasu ini. Mereka yang memulakan, mereka yang kurang ajar, mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif ini. Apakah kita terus mahu bertolak ansur?

Kerajaan mesti bertindak tegas ke atas ultra kiasu yang tidak menghormati perkara yang telah disebutkan tadi. Contohilah ketegasan order baru zaman Soeharto, di Indonesia. Orang Cina yang tinggal di Indonesia, yang masih menumpah kesetiaan kepada negara China dianggap sebagai stateless, bukan warganegara, akan ditangkap, dan diusir daripada Indonesia.

Cina tidak diberikan pilihan, mahu tinggal diIndonesia mesti menjadi orang Indonesia, asimilasi sepenuhnya, hilang identiti Cina sepenuh. Jika tidak sila angkat kaki, tertakluk kepada Surat Bukti Kewarganegaraan Republik Indonesia (SBKRI).

Bandingkan dengan toleransi di negara kita. Bukan sahaja hubungan dengan negara asal usul Cina tidak putus, malah kita sanggup cari sanak saudara kita di sana. Setiap hari penuh kapal terbang Cina Malaysia berkunjung ke negara komunis China. Persoalan saya, setelah berjumpa dengan saudara mara di China, sanggup menetap terus di sana. Sudah tentu tidak bukan! Kerana di Malaysia adalah syurga kita.

Kedua, berkaitan perkara yang sama di Indonesia pada zaman Soeharto, orang Cina yang menyimpan bahan-bahan berkaitan negara China akan dimusnahkan. Tidak ada pilihan. Tidak ada lagi hubungan darah atau percubaan untuk mencari saudara mara di sana.

Berbeza dengan negara kita, ultra kiasu yang mengaku pengganas, menyokong komunis, menyokong LTTE, menyimpan bahan-bahan berkaitan pengganas, masih diberi muka. Dengan menyimpan dan berpegang kepada fahaman ekstremis inilah yang menjadikan mereka semakin berani dan kurang ajar.

Jika orang Islam menyimpan bahan-bahan berkaitan taliban, ISIS, ISS dan sebagainya, sudah tentu akan dituduh sebagai bersimpati dengan pengganas dan akan didakwa.

Ketiga, sudah tiba masa bukan Melayu diasimilasikan serba sedikit. Jika tidak pun diasimilasikan, mesti diajar menghormati orang. Jangan biarkan mereka terus dengan kecinaan totok. Gubal undang-undang baharu. Sekolah Cina tidak boleh dibenarkan beroperasi secina-cinanya sehingga langsung tidak ada identiti Melayu Islam, bagi mereka lebih memahami pribumi.

Jangan biarkan ultra kiasu menjadi kurang ajar sehingga doa kita yang dibaca disekolah dihina dengan menggantikan doa Kristian, sedangkan Kristian tidak sampai 10 peratus.

Contohilah, Cina Terengganu dan Kelantan. Contohilah juga kebaikan dan toleransi Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Tidak ada sekolah bumiputera, melainkan sekolah kebangsaan. Tetapi orang Cina di Sabah dan Sarawak tetap ada sekolah Cina dan sekolah persendirian Cina. Bumiputera tidak kaya, tetapi Cina tetap kaya di sana. Syurga apa lagi yang kamu mahu wahai saudara sebangsaku Cina.

Sepanjang saya berada di Tererengganu dan bergaul dengan orang Cina Terengganu, termasuk pelajar sekolah. Nyata sekali terlalu jauh bezanya antara Cina di Terengganu/Kelantan, berbanding dengan Cina-cina lain di luar Terengganu dan Kelantan. Bahasa Melayu mereka sangat baik, mereka sangat menghormati orang Melayu. Sehinggakan cara hidup mereka pun seperti Melayu.

Berbanding dengan Cina di luar Terengganu/Kelantan, ada yang langsung tidak boleh berbahasa Melayu. Pelajar yang dapat A dalam peperiksaan, kerjanya menghafal. Cara bertutur atau berkomunikasi hancur.

Cina di luar Terengganu dan Kelantan mesti dipaksa datang melihat cara hidup dan budaya Cina Terengganu/Kelantan. Cina Terengganu dan Kelantan sudah sampai ke tahap mesti untuk menerangkan dan memberi kefahaman kepada Cina di luar Terengganu dan Kelantan, betapa beruntungnya tinggal dalam negeri majoriti Islam.

Ingatan saya kepada Cina di luar sana, belajar daripada Cina di Terengganu dan Kelantan demi Malaysia tercinta. Lebih hebat lagi, Cina di sini begitu selesa dengan nama-nama panggilan Melayu seperti Awang, Jusuh, Ali dan sebagainya sehingga mereka begitu dekat dengan Melayu.

Cina di Pantai barat bagaimana? Kita lebih selesa dengan John, Joseph, Anthony, Philiph, Michelle, Michael, dan berbagai lagi. Nampakkan beza? Kenapa? Lu fikirlah sendiri ultra kiasu?

Keempat, orang Melayu Islam pula jangan terus leka dan merasa selesa dengan apa yang ada. Berjihadlah untuk mengubah kehidupan. Jihad ekonomi. Jika orang lain boleh menguasai ekonomi, kenapa tidak kita? Apakah kekurangan orang Melayu sehingga tidak boleh menguasai ekonomi?

Ubah sikap. Tidakkah kita berasa malu dengan agama Islam yang dianuti, kitalah menjadi juara dalam segala perkara negatif, seperti perpecahan, gejala sosial, jenayah, penagihan dadah dan sebagainya. Tidakkah agama Islam sebagai pendinding sudah cukup kuat untuk tidak menjerumuskan kita ke kancah tersebut.

Insaflah wahai saudaraku. Kita sudah tidak punya banyak masa tatkala orang sudah mencapai awan. Kita masih terhegeh-hegeh. Apa akan jadi kepada anak cucu-cicit kita pada masa hadapan.

Akhirnya, suka atau tidak, orang Cina tidak boleh terlalu bongkak. Mereka mesti membalas kebaikan orang Melayu dengan menjadi warga yang baik dan tidak menungkit-ngungkit perkara sensitif. Sedarlah orang Melayu tidak pernah mengambil hak kamu atau menyentuh hak kamu. Yang hanya diharapkan adalaha respect atau rasa hormat antara pribumi dan ‘pendatang’.

Saya tidak nafikan ada orang Cina ke kedai Melayu memakan nasi lemak dan ke kedai mamak untuk memakan roti (mamakization), tetapi ini masih belum cukup. Perlakuan ini terlalu rapuh untuk mengatakan bahawa keadaan di Malaysia sudah begitu baik.

Benar, kita tidak berparang atau bertikam, tetapi lebih kepada bertikam lidah, persoalan sejauh mana kita yakin keadaan sebegini akan terus menjamin keamanan dan kestabilan negara berasal usulkan Melayu ini.


Tiada ulasan: