Jawatankuasa khas dibentuk gerakkan penggabungan institusi
BANGI– Jemaah menteri bersetuju secara prinsip dengan penggabungan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA).
Pejabat
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan berkata,
penggabungan itu dilihat sebagai salah satu transformasi penyampaian
pendidikan tinggi, terutama dalam memantapkan keupayaan universiti untuk
mempertingkat kedudukan sosioekonomi.
Selain itu, ia juga selaras dengan lonjakan 10 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi).
Katanya,
inisiatif berkenaan juga akan memacu pembangunan industri negeri
Terengganu di samping menangani persaingan sesama universiti untuk
mendapatkan pelajar, kakitangan dan sumber.
“Penggabungan
institusi adalah langkah yang wajar dilaksanakan bagi mempertingkatkan
kualiti perkhidmatan dan memberi lebih nilai tambah kepada pelajar,
fakulti serta komuniti setempat melalui penjajaran semula tenaga
kepakaran universiti dan kemudahan infrastruktur sedia ada yang boleh
diguna pakai.
“Perkara ini
telah dilaksanakan oleh universiti dan kolej di beberapa buah negara,
antaranya University of Manchester dan University of Manchester
Institute of Science & Technology (UMIST) di United Kingdom,”
katanya.
Dalam pada
itu, penggabungan institusi juga berlaku di Australia dan Amerika
Syarikat yang mana penggabungan institusi pendidikan tinggi dilaksanakan
untuk meningkatkan tahap keberkesanan, jangkauan, nilai dan daya saing
sesebuah institusi baharu.
Katanya, kementerian amat positif dengan cadangan penggabungan ini dan kini sedang menyediakan kerangka bagi pelaksanaannya.
“Sebuah
jawatankuasa khas sedang dibentuk yang dianggotai oleh wakil dari
kalangan pegawai pentadbir, pensyarah, pelajar, serta juga wakil dari
pelbagai agensi, kementerian dan pihak berkepentingan bagi menggerakkan
penggabungan ini yang dijangka akan mengambil masa selama enam bulan,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan