Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Unit Kajian Sejarah Isma anjur 'Wacana Sejarah dan Peradaban Melayu'
SUNGAI PETANI– Usaha memperkasakan identiti negara melalui penerokaan naratif
sejarah yang sebenar dan absah perlu dilakukan dengan agresif supaya
generasi muda tidak buta sejarah dan dapat memahami pemikiran sejarah
dalam kerangka yang lebih menyeluruh.
Sehubungan
itu, Unit Kajian Sejarah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini
mengadakan ‘Wacana Sejarah dan Peradaban Melayu: Sulalat’ sebagai batu
pelonjak kepada usaha yang lebih serius dan dalam skala lebih besar ke
arah memperkukuhkan identiti serta jati diri negara berteraskan Melayu
dan Islam.
Wacana
Sejarah dan Peradaban yang berlangsung di The Jerai Hotel Sungai Petani
menampilkan tokoh sejarah dan bekas pensyarah kanan pusat pengajian ilmu
kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Abdul Rahman Haji
Ismail.
Antara objektif wacana ini termasuklah:
1. Memahami konsep sebenar sejarah dan pensejarahan bangsa Melayu bagi mengukuhkan jati diri dan identiti negara;
2. Mengukuhkan ikatan bangsa Melayu dengan akar sejarahnya yang panjang dan warisan peradabnnya yang mengkagumkan;
3. Mengetengahkan manuskrip lama Melayu sebagai usaha pemugaran warisan khazanah sejarah bangsa dan budaya;
4. Melahirkan kesedaran mengenai ancaman penyimpanan naratif sejarah yang bercanggah dengan identiti dan jati diri negara dan;
5. Memupuk minat dan kecintaan kepada pengkajian sejarah peradaban bangsa Melayu.
Penyelidik
Unit Kajian Sejarah Isma, Ustaz Noorzamri Ibrahim berkata, negara
memerlukan satu pandangan baharu terhadap sejarah memandangkan situasi
sekarang pelbagai pihak cuba mengentengahkan pandangan mereka, bahkan
sehingga tahap meletakkan satu pandangan yang kemungkinan memaksa rakyat
untuk mengikut.
“Perkara
ini sangat serius dan kritikal pada ketika ini. Justeru kita rasa ini
masa yang sesuai untuk kita mendapatkan sumber-sumber dan bertemu tokoh
yang berautoriti dalam membincangkan isu sejarah ini,” katanya ketika
ditemui Ismaweb.net di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan