PH akan berusaha mempertahankan kerusi parlimen Tanjung
Piai, Johor dalam pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama
lagi, kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.
"Kita akan menghadapi PRK Tanjung Piai dan ia menjadi ujian besar kepada kita dalam PH.
"Bagi mengenang jasa, budi dan sumbangan Dr Md Farid, kita mesti mengembleng tenaga dan menggerakkan jentera kita untuk memastikan kerusi Tanjung Piai dipertahankan, " katanya dalam ucapan sempena Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan di Seremban hari ini.
Loke yang juga Menteri Pengangkutan turut menyifatkan Allahyarham Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang berwawasan dan pemergiannya merupakan kehilangan besar buat negara dan PH.
Terdahulu, semua perwakilan dan pemimpin yang hadir bertafakur selama seminit pada awal sesi konvensyen itu bagi memperingkati kematian Md Farid.
Semalam, Md Farid, 42, yang juga Naib Ketua Bersatu Tanjung Piai, meninggal dunia sekitar 6 pagi di Hospital Pontian akibat serangan jantung.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan