Ini keadilan seorang penjawat awam yang berkorban kerana negara
BANGI
– Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengajak umat Islam di seluruh negara
bersama-sama menunaikan solat hajat pada Khamis depan, mendoakan
keputusan prosiding inkues anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim
mendapat keadilan.
Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahaya
berkata, di dalam kehangatan Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim’s
First, jangan kita lupa nasib yang menimpa Allahyarham Adib.
“Jom bersama-sama menunaikan solat hajat
mendoakan agar keputusan mahkamah pada 27 September ini memberikan
natijah terbaik kepada keadilan.
“Keadilan kepada seorang penjawat awam
yang berkorban kerana negara. Keadilan untuk keluarga beliau yang
terseksa perasaan melihat anak mereka menjadi korban politik.
“Kepada yang kelapangan mari kita
sama-sama membela nasib anak bangsa kita. Andai kata bukan kita siapa
lagi?,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Untuk makluman, solat hajat anjuran UMMAH
akan dilakukan selepas solat Isyak di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan
Duta, Kuala Lumpur.
Pada 24 Julai lalu, Mahkamah Koroner menutup prosiding inkues punca kematian Muhammad Adib selepas ia berjalan selama 41 hari.
Keputusan dibuat Koroner Rofiah Mohamad
itu sekali gus menolak permohonan Pegawai Pengendali kes, Faten Hadni
Khairuddin yang mencadangkan supaya seorang lagi saksi patologi
dipanggil.
Dalam keputusannya itu, Rofiah berkata, mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi sedia ada.
Terdahulu, Muhammad Adib yang juga
anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan
Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas diserang dan dipukul
sekumpulan perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha
Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan