Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
menjelaskan bahawa fokusnya kini adalah untuk menekankan intipati
program Bulan Sukan Negara (BSN).
Beliau berkata demikian ketika
mengulas ejekan pengguna maya, termasuk pemimpin pembangkang, yang
menyamakannya dengan hidung babi.
"Macam saya kata, saya nak fokus
inti pati program (BSN) yang saya dah tekankan tadi,” katanya pada
majlis penyerahan watikah ahli parlimen belia di bangunan Parlimen Kuala
Lumpur hari ini.
Sejak
dikongsi di akaun Facebook rasmi KBS semalam, logo BSN sudah mendapat
446 tanda suka namun majoriti warga maya mengecam reka bentuknya.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Ramai juga yang berkongsi gambar logo BSN yang diterbalikkan, sehingga huruf B diguna pakai kelihatan seperti hidung babi.
Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Md Yunos antara pemimpin pembangkang yang mengejek logo itu.
Dalam gambar dimuat naik, dua biji mata turut ditambah ke logo yang dipusing itu.
"Cuba teka? Bentuk binatang dan muncung apa untuk logo tema Bulan Sukan
Negara (2019).
Menteri KBS tak perasan kot atau timbalan menteri KBS
tak rujuk kepada menteri," katanya.
Logo ubah suai yang dimuat naik ke Facebook
Sementara itu, Syed Saddiq menjelaskan baginya yang paling penting adalah makna di sebalik logo tersebut.
“Saya
tengok ramai muat naik logo itu dan terbalikkan dia (logo), tetapi saya
rasa paling penting sekali makna logo tersebut yang mewakili BSN.
Antara kritikan pengguna maya terhadap logo itu
“Perkara
ini sangat penting kerana banyak acara kita akan gerakkan sekali dan
itu fokus utama kita dan harap rakyat Malaysia keseluruhan dapat
melakukan seberapa banyak aktiviti dalam bulan 10 ini,” katanya.
BSN bakal dilaksanakan pada bulan Oktober ini.
Menurut
KBS, logo itu bukan hanya sekadar akronim, tetapi terdiri daripada
bentuk organik mewakili suasana mesra dan santai dalam sukan.
Bentuk tepi bulat dan tajam mewakili kuasa, kestabilan dan profesionalisme, menurut keterangan di Facebook KBS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan