Perlu keluar dari ufuk pemikiran sempit kepartian, ketaksuban
PAS dan
UMNO baharu sahaja memeterai satu persepakatan politik yang membuka
lembaran sejarah baharu buat generasi bangsa Malaysia semalam.
Kesepakatan politik itu dinamakan dengan sempurna sebagai Muafakat Nasional.
Sebuah
persepakatan yang sangat menarik dan yang pasti ditunggu-tunggu berdekad
lamanya. Penuh emosi, tangis gembira, sayu dan hiba mewarnai seluruh
pelusuk bangunan Pusat Dagangan Putra (PWTC) tanggal 14 Muharram 1441H.
Titik
bersejarah semalam bermula dengan kisah yang lebih menarik. Beberapa
bulan sebulan itu, PAS dan UMNO telah pun melaksanakan musyawarrah khas
bersama parti-parti komponen yang menganggotai Gagasan Sejahtera dan
Barisan Nasional.
Gagasan
Sejahtera yang dianggotai PAS, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia –
Berjasa & Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) telah pun bersama
duduk dalam satu mesyuarat membincangkan dengan lebih jelas serta
mendapatkan persetujuaan untuk bersama-sama dalam sebuah persepakatan
bersama UMNO.
Manakala
Barisan Nasional pun begitu juga telah membawa usul agenda persepakatan
ini bersama parti komponen lain seperti Persatuan Cina Malaysia (MCA)
dan Kongres India Malaysia (MIC). Tidak lupa juga parti-parti sahabat BN
yang lain.
Kehadiran
perwakilan dari semua parti-parti ini semalam adalah manifestasi
terhadap apa yang disebut sebagai ‘PERSEPAKATAN AGENDA’.
Walau kita
berlainan pimpinan dan bendera parti. Tetapi terbukti dengan sebuah
persepakatan, mampu melahirkan agenda yang lebih besar untuk masa
hadapan watan yang lebih gemilang dan sejahtera.
Persepakatan ini juga merupakan sebuah manifestasi bangsa yang sudah keluar ufuk pemikiran sempit kepartian dan ketaksuban.
Inilah seruan yang seringkali kita laungkan. Agar umat Melayu Sepakat, Islam Berdaulat.
Perjalanan
masih jauh, Muafakat Nasional baru berusia tidak sampai sehari tatkala
tulisan ini disiar. Kita akan terus memacu serta mengisi agenda yang
lebih besar untuk Malaysia yang gemilang dan sejahtera pasca PRU-15!
Muafakat Nasional, Muafakat Rakyat.
*Hazwan Mohamad, Ketua Penerangan Berjasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan