Melayu kena bersatu, sama-sama majukan ekonomi bangsa sendiri
BANGI– Melihat kepada Kempen Beli Produk Muslim yang semakin mendapat
sokongan, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya
yakin kuasa membeli di negara ini sememangnya ada pada masyarakat
Melayu.
“Ini baru kita katakan gerakan rakyat,
alhamdulillah, saya dimaklumkan harga barang turun sampai separuh
harga.. harga minyak masak dah turun separuh, harga beras dah turun
beberapa kali diskaun.
“Kempen Beli Produk Muslim juga secara tidak langsung membangunkan balik jati diri orang Melayu,” katanya.
Haji Aminuddin yang juga Presiden Gerakan
Islam sederhana, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) percaya sekiranya
Melayu bersatu membeli dan bersama-sama memajukan ekonomi bangsa
sendiri, selepas ini orang Melayu tidak perlu lagi bergantung kepada
orang lain.
“Orang Melayu ini hebat. Orang Melayu
kalau buat sesuatu dan boleh bangun. Ini bukan saya cakap tapi sejarah
yang membuktikan. Melayu pahlawan, Melayu pendekar, Melayu sanggup
bertarung nyawa dengan penjajah dan sebagainya,” katanya.
Pada masa sama, Haji Aminuddin turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang kononnya mengatakan Melayu lemah dan pemalas.
“Melayu hebat. kalau kita tengok contoh
nelayan keluar sebelum subuh, balik rumah seminggu selepas itu,
kadang-kadang sebulan. Pesawah juga keluar selepas Subuh, balik hingga
lewat petang, malam.. Saya tahu kerana saya juga anak seorang pesawah,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan