PUTRAJAYA
– Kehadiran Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara ‘solo’ ke majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan ulang tahun ke-3 penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih jadi tanda tanya.
Malah
ketika wartawan terus mengasak tentang kemungkinan Mohamed Azmin
berniat untuk masuk ke parti tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada
awalnya cuba mengelak sambil menyatakan ramai pemimpin lain juga telah
dijemput.
Sambil
menyebut antara pemimpin termasuk Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli,
Xavier Jayakumar juga dijemput ke majlis sambutan tahun ke-3 itu, kata
Pengerusi PPBM akhirnya berkata, beliau sebenarnya tidak kisah jika ada
yang berminat menyertai partinya.
“Xavier juga datang jemputan. Ramai juga datang ke majlis tersebut. Tapi tidak ada sesiapa yang buat apa-apa permohonan.
“Jika
Azmin ada buat permohonan, sudah tentu kita akan buat pertimbangan
untuknya masuk PPBM tapi buat masa ini tidak ada apa-apa lagi,” katanya
ringkas.
Ini
bukan kali pertama Mohamed Azmin dikhabarkan akan meninggalkan PKR
kerana wujudnya krisis dalaman dalam parti yang telah disertai olehnya
sejak lebih 20 tahun lepas.
Julai
lalu terdapat spekulasi yang mendakwa Azmin akan keluar PKR dan
menyertai parti Gerakan sebagai wadah baru dalam kerjaya politiknya
susulan krisis
yang sedang melanda Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dengan dan Presiden
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin hari semakin memuncak.
Walaupun saban kali setiap dakwaan ini sentiasa disangkal oleh pihak-pihak tertentu namun apa
yang pasti, perpecahan tampak semakin nyata apatah lagi sikap ‘dingin’
Azmin yang tidak menghadirkan diri ke mesyuarat biro politik sejak
sekian lama. –MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan