Jangan bilis saja kena tindakan, jerung yang menjadi dalang terselamat
BANGI– Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hairan apabila pemimpin
kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih membisu dan diam seribu bahasa dalam
isu sindiket penjualan kad pengenalan Malaysia (MyKad) tidak sah kepada
warga asing.
Katanya, tidak seperti kes Dr Zakir Naik
yang diperbesar-besarkan sehingga menimbulkan polemik, sekali gus
menyerlahkan lagi kejahatan dan keutamaan yang dititik beratkan
pemimpin-pemimpin berkenaan.
“Nak tahu ‘prioriti’ dan kejahatan
sesetengah ahli politik ialah apabila isu Zakir Naik diperbesar dan mahu
menarik balik IC PR yang beliau dapat dengan cara sah, tetapi isu MyKad
palsu diam seribu bahasa.
“Dengarkah anda suara M.Kulasegaran, Waytha Moorthy, Ramasamy, Santiago, Lim Kit Siang dan sekutu mereka dalam isu IC palsu ini seperti isu Zakir yang dipolemikkan?,” soalnya.
“Dengarkah anda suara M.Kulasegaran, Waytha Moorthy, Ramasamy, Santiago, Lim Kit Siang dan sekutu mereka dalam isu IC palsu ini seperti isu Zakir yang dipolemikkan?,” soalnya.
Terdahulu, polis berjaya membongkar
sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga China yang
didalangi pegawai JPN.
Kes itu terbongkar selepas pegawai
Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport
oleh seorang pemegang MyKad sah, namun pemohon didapati tidak boleh
berkomunikasi dalam bahasa Melayu dipercayai berlaku pada Mei lalu.
Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd
Faizul Ariffin, 34, antara enam individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen
Pulau Pinang berhubung sindiket penjualan sijil kelahiran dan MyKad sah
kepada warga asing.
Mengulas lanjut, Firdaus Wong meluahkan
rasa bangga dan syukur terhadap ahli politik dan agamawan yang tegas
dengan prinsip kebenaran yang dibawa oleh mereka.
“Takziah juga kepada para pentaksub yang
telah dibutakan dengan ketaksuban politik mereka sehingga dibutakan
melihat apa yang begitu jelas demi kuasa dan jawatan.
“Semoga Allah SWT selamatkan Malaysia
dari tangan-tangan jahat yang membelot ini. Jangan bilis sahaja yang
kena tetapi jerung yang menjadi dalang terselamat,” katanya sinis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan