PROF DR REDHUAN TEE ABDULLAH
Melenting bila Haji Hadi kata almarhum Nik Aziz pasti setuju dengan penyatuan ummah, tapi pemimpin PAN jaja nama almarhum boleh pula?
DENGAN
termetrainya Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS pada 14
September lalu, pelbagai pihak memberikan reaksi. Paling berahi adalah
pemimpin-pemimpin PAN dan ultra kiasu. Seperti dijangka, tidak ada komen
yang positif. Sepatutnya, sebagai saudara seislam, bersangka baiklah
sedikit. Benda baik, bukannya maksiat. Berilah komen bermotivasi.
Ini tidak,
secara sengaja dan sedar, mereka tidak mahu umat Islam bersatu, suka
melihat umat Islam berpecah, seperti mana yang dikehendaki ultra kiasu
dan musuh-musuh Islam. Daripada satu aspek, ada logiknya, mungkin kerana
mereka takut kehilangan kuasa. Natijah kesatuan ini, tidak mustahil
mereka akan kehilangan apa yang sedang diperolehi hari ini.
Jika tidak
berlaku pertandingan tiga penjuru, yang ada hanya satu lawan satu,
tidak mustahil kesatuan UMNO-PAS dapat mengambil kembali beberapa negeri
serta kerusi yang hilang. Turut tidak mustahil, yang menjadi menteri
hari ini, kembali asal menjadi rakyat marhaen. Sebab itu, sebelum
kehilangan semua itu, eloklah berbuat baik sedikit. Insafilah.
Contohilah
sedikit respon Mufti Perlis, menyokong langkah penyatuan ummah demi
kebaikan. Dulu bermusuh, kini berkawan. Bukankah ini dituntut Islam? Di
tambah lagi, pemimpin-pemimpin PAN cukup bengang dengan ucapan ucapan
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan bahawa
penyatuan akan turut dipersetujui oleh almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat
jika masih hidup.
Sekilas
ucapan Presiden PAS yang menyebut nama Nik Aziz menjadi viral, bekas
anak pemimpin PAS yang menjawat jawatan menteri sekarang ini menjawab,
mana Haji Hadi tahu almarhum akan setuju sedangkan almarhum telah
meninggal? Benar juga ya.
Ingin saya
bertanya, selama ini, semua pemimpin PAN menjaja nama almarhum Nik Aziz
boleh pula? Bagaimana mereka tahu pemikiran orang yang sudah meninggal?
Hebat pemimpin PAN boleh menyelami alam ghaib? Orang lain buat tak
boleh buat andaian, dia buat boleh. Ini ultra kiasu namanya.
Jika
pembaca tidak percaya dan mahukan bukti, sila buat carian dalam
internet, kenyataan demi kenyataan pemimpin pemimpin PAN yang selalu
mengaitkan nama bekas-bekas pemimpin seperti almarhum Datuk Fadzil Noor,
Tuan Guru Yusof Rawa, dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam
maksud, jika semua semua almarhum masih hidup, tentunya mereka akan
setuju dengan tindakan mereka keluar PAS dan menubuhkan PAN untuk hidup
bersama ultra kiasu. Persoalan saya sepertimana mereka respon kepada
kenyataan Haji Hadi, mana mereka tahu, pemikiran orang yang telah mati? Jika berasaskan andaian, semua orang boleh andaian. Saya pun ada hak buat andaian.
Pertama,
jika almarhum masih hidup, pastinya almarhum-almarhum akan gembira
melihat anak mereka ada yang menjadi menteri, wakil rakyat dan orang
besar dalam perkhidmatan awam, kerana keluar PAS, menubuhkan PAN serta
menang PRU lalu hasil sokongan ultra kiasu.
Kedua
andaian saya, jika almarhum bekas Presiden PAS masih, sudah tentu
anak-anaknya yang telah keluar PAS dan menubuhkan parti lain, akan
‘dicekiknya sampai mati’, jika dia tahu mereka belot daripada perjuangan
PAS. Pendek kata, semua orang oleh membuat berbagai-bagai andaian,
sebab orang yang dibuat andaian tidak boleh hidup semula untuk
mengiyakannya. Persoalannya, sejauh manakah andaian kita betul sebab
mereka telah tiada?
Apa yang
dapat saya simpulkan, mengkaji latar belakang ketiga-tiga bekas pemimpin
PAS yang telah pergi ini, apa yang dapat saya katakan adalah, mereka
sama sekali tidak akan keluar PAS. Mereka akan tetap bersama PAS. Mereka
akan perbetulkan PAS jika tersasar, namun keluar tidak sekali.
Justeru,
hentikanlah menggunakan nama-nama orang yang telah pergi untuk
kepentingan politik. Fokuslah pada kerja yang boleh membahagiakan dan
memberikan manfaat kepada orang yang telah pergi, terutama anak-anak
almarhum tersebut.
Berbuat
baiklah, tinggalkanlah sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada agama,
bangsa dan negara. Namun, melihat kepada telatah dan gelagat serta
kenyataan anak-anak almarhum yang sedang menikmati puncak kuasa, saya
menjadi ngeri.
Apakah
kenyataan demi kenyataan dan dasar-dasar yang dilaksanakan benar-benar
dapat dimanfaat untuk kepentingan agama, bangsa dan negara atau
sebaliknya memenuhi kehendak ultra kiasu. Nasihat saya, elakkan
bertindak atau mengeluar kenyataan yang mengarut-ngarut yang boleh
menjejaskan kehidupan mereka di alam barzakh, terutama kita sebagai
anak-anak mereka.
Hentikan
menjaja nama-nama almarhum. Sebagai anak-anak buatlah sesuatu kebaikan
yang boleh memberikan saham kepada mereka di alam barzakh. Jika
benar-benar mahu melaksanakan Islam sebagai agama Rahmatan lil alamin,
tunjukkan. Pertahankan Islam tanpa rasa takut dan gentar dengan ultra
kiasu. Tegur dan tentang ultra kiasu yang mempermainkan dan menghina
Islam. Jangan senyap. Siapa lagi yang boleh diharap mempertahankan Islam
kalau bukan kita semua.
Jangan
takut tegur kenyataan kurang ajar ketua ultra kiasu semalam berbunyi, PH
jangan cuba lebih Melayu daripada UMNO, lebih Islam daripada PAS.
Kenyataan ini amat kurang ajar, terserlah sifat komunismenya seperti
perjuangan Malaysian Malaysia.
Tidak
salah orang Melayu terlebih Melayu dan terlebih Islam kerana ini negara
asal usul mereka Tanah Melayu, berbanding dengan kamu sebagai pendatang.
Terlebih Melayu atau terlebih Islam, semua perkara tersebut sudah
termaktub dalam Perlembagaan. Kamu sahaja, ultra kiasu, jangan terlebih
kurang ajar.
Selama
UMNO mengetuai kerajaan lebih 60 tahun dan PAS mengetuai kerajaan
beberapa negeri, pernahkan hak kamu dijentik dengan label terlebih UMNO
Melayu dan terlebih Islam yang kamu berikan? Dengan label terlebih
Melayu dan terlebih Islam itulah kamu dapat lebih daripada apa yang
diperolehi Peribumi itu sendiri.
Kamu kaya,
kamu dapat sekolah Cina ala komunis, dan macam-macam lagi. Nampaknya
kamu tidak pernah bersyukur. Sewarjarnya, kamu terlebih dahulu selaku
ketua ultra kiasu ditendang keluar daripada bumi bertuah ini.
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan