SHAH ALAM – Cukup-cukuplah Perdana Menteri dan Peguam Negara
memejamkan mata, memekakkan telinga dalam menangani isu video seks luar
tabii yang melibatkan seorang menteri kanan.
Presiden Pertubuhan Bangkit, Shahrin Azlan berkata, pihaknya telah pun menyerahkan laporan forensik dari pakar United Kingdom (UK) yang membuat kajian terhadap pelaku dalam video berkenaan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad Jumaat lalu.
Katanya, 90 peratus hasil kajian, penelitian pakar itu mengesahkan pelaku dalam video seks luar tabii itu adalah menteri kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Manakala, Tommy Thomas pula, setelah menerima kertas siasatan dari Polis Bukit Aman, segeralah bertindak membawa pelaku terbabit ke muka pengadilan.
“Hari ini kita telah menyerahkan satu lagi laporan forensik dari pakar UK kepada Tuanku Sultan Selangor. Dua hari lepas kita serah kepada Yang di-Pertuan Agong dan minggu lepas kepada Dr. Mahathir.
“Sudah cukup satu minggu, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil. Kami sebagai rakyat Selangor sungguh kecewa dan rasa terkilan kerana tidak ada tindakan diambil oleh Dr. Mahathir terhadap Mohamed Azmin.
“Ini bukan lagi isu mentertawakan negara kita, ini soal integriti seorang wakil rakyat, seorang Ahli Parlimen dan seorang menteri kanan. Ia sangat memalukan, mengecewakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan laporan forensik kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani di pintu masuk Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.
Shahrin berkata, inilah masanya untuk Dr. Mahathir membuat tindakan baharu iaitu mengeluarkan Mohamed Azmin dari barisan Kabinet kerajaan Malaysia.
Beliau juga mendesak Tommy Thomas membuka mata dan mengambil tindakan pendakwaan secepat mungkin kerana kertas siasatan sudah diberikan kepadanya.
Menurutnya, rakyat di luar sana tertanya-tanya kenapa Mohamed Azmin masih berada dalam Kabinet Malaysia dan ini perkara yang sungguh memalukan bagi sebuah negara yang masyhur.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berdiam diri, malah akan menyerahkan laporan forensik dari pakar UK itu kepada semua kementerian dan Ketua Setiausaha Usaha supaya mereka tahu, pelaku dalam video seks luar tabii yang memalukan negara itu adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan