Rabu, 3 April 2019

[TERKINI]: Perbicaraan kes Najib disambung pada 15 April

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes tujuh pertuduhan RM42 juta milik SRC International melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi akan bermula hari ini.

Secara kebetulannya, pada hari ini 10 tahun lepas, Najib, Anggota Parlimen Pekan, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia keenam.

Najib, 66, perdana menteri Malaysia yang keenam, adalah perdana menteri pertama yang diheret ke mahkamah.

Perbicaraan kes berprofil tinggi yang ditunggu-tunggu ini, akan dijalankan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada jam 2 petang.

Najib menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram milik SRC Internatonal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Berikut adalah perkembangan terkini berhubung perbicaraa kes itu:

5.35 pm: Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah, Kuala Lumpur selepas tamat prosiding perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, perbicaraan akan disambung semula pada 15 April ini

Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari bilik bicara Mahkamah Tinggi selepas selesai prosiding hari pertama perbicaraan

4.19 pm: Terdapat beberapa individu pernah memegang jawatan pengarah di syarikat itu sejak ia ditubuh pada 2011 – Saksi

4.15 pm: Saksi pertama sahkan dokumen asal pendaftaran syarikat SRC International Sdn Bhd dengan SSM

3.26pm: Saksi pertama Muhamad Akmaludin Abdullah yang merupakan penolong pendaftar syarikat SSM memberi keterangan

3.24 pm: Pendakwaan akan membuktikan wang yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib digunakan untuk pengubahsuaian rumah dan pembelian beg mewah serta untuk parti komponen Barisan Nasional – Tommy Thomas

3.04 pm: Pertuduhan dibaca terhadap Datuk Seri Najib Razak
Najib kekal dengan pengakuan tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan

2.30 pm: Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan hari ini selepas pihaknya memfailkan notis usul bagi mencabar tuduhan terhadapnya

2.20 pm: Najib sekali lagi cuba menangguhkan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, apabila memfailkan notis usul bagi mencabar tuduhan terhadapnya

2.15 pm : Perbicaraan kes Najib bermula.

2.05 pm: Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, turut kelihatan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur


2.02 pm: Seorang penyokong Najib, bekas anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan ditenangkan anggota polis setelah berang selepas tidak dibenarkan masuk ke bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah, Kuala Lumpur bagi mengikuti perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd

1.55 tgh: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes berhubung dana SRC International Sdn Bhd hari ini.

1.47 tgh: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di perkarangan lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

1.45 tgh: Anggota polis membuat kawalan di perkarangan lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

1.43 tgh: Peguam Negara Tommy Thomas yang mengetuai pihak pendakwaan tiba di Bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah untuk perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd


1.42 tgh: Peguam Negara Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan masuk ke bilik bicara

1.37 tgh: Polis mahkamah menjalankan pemeriksaan terhadap wartawan sebelum dibenarkan masuk ke bilik bicara

1.35 tgh: Pasukan pembelaan yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di aras lima menuju ke bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah 3


1.34 tgh: Barisan pembelaan yang bertindak bagi pihak Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula memasuki Bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

1.30 tgh: Wartawan mula dibenarkan masuk ke bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah

1.27 tgh: Beberapa penyokong bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak berada di perkarangan lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

1.00 tgh: Timbalan Pendakwa Raya Datuk Sulaiman Abdullah antara pasukan pendakwaan yang tiba di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

12.45 tgh: Pengamal media tempatan dan luar negara sudah mula beratur untuk mengambil pas masuk di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi membuat liputan perbicaraan kes bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana SRC International Sdn Bhd hari ini


Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
 
11.30: Wartawan dari luar negara dan tempatan mula berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta sebelum bermulanya kes perbicaraan bermula pada 2 petang.




Tiada ulasan: