Isnin, 1 April 2019

Perakan kecam Pengerusi SPR

TUMPAT: Gara-gara mengaitkan rakyat Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur sebagai kaki kelab malam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun terus menerima kecaman.
 
Terbaharu Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) akan menghantar memorandum bantahan kepada pengerusi SPR terbabit.
 
Presiden Perakan, Ir Hamdzah Abd Rahman berkata, Jawatankuasa Teknikal Perakan sedang merangka draf memorandum berkenaan sebelum diserahkan kepada Azhar.
 
Katanya, memorandum itu sebagai bantahan terhadap kenyataan pengerusi SPR yang melabelkan rakyat Kelantan yang berada di Kuala Lumpur sebagai ‘kaki kelab malam’.
 
“Sebagai seorang Pengerusi SPR sewajarnya beliau lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah dan Pungutan Derma Pusat Tarbiyah Dun Pengkalan Kubor, dekat sini kelmarin.

Program berkenaan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob. - HARAKAHDAILY


Tiada ulasan: