Sabtu, 13 April 2019

Pengundian di Rantau bermula

MALAYSIAKINI

   

LANGSUNG | Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan membuat keputusan penting bagi memilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil DUN berkenaan yang berlangsung hari ini.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, Mohamad Hasan, calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram dan dua calon bebas, R Malar dan Mohd Nor Yasin.

Seramai 20,804 pengundi layak mengundi hari ini bagi menentukan wakil rakyat pilihan mereka.

DUN Rantau terdiri daripada 55 peratus pengundi Melayu, 26 peratus India, dan 18 peratus Cina.

PRK itu diadakan selepas mahkamah membatalkan kemenangan Mohamad Hasan pada pilihan raya umum lalu. Mohamad menyandang kerusi berkenaan sejak 2004.

7.30 pagi - SRJK (C) Chung Hua, Rantau: Calon bebas R Malar tiba 30 minit sebelum pengundian bermula.

"Hari ini adalah kali pertama saya mengundi di Malaysia," katanya kepada media dengan penuh semangat ketika beratur di luar pusat mengundi.

Malar menetap di Kanada selama 25 tahun sebelum pulang ke Malaysia pada 2016.

Beliau tiba di sekolah itu jam 6.40 pagi.

Calon BN, Mohamad Hasan juga akan mengundi di sekolah berkenaan.

Tiada ulasan: