PRK SANDAKAN | PAS
akan membantu BN dalam menghadapi pilihan raya kecil parlimen Sandakan
pada 11 Mei ini bagi menguatkan wakil pembangkang, maklum Setiausaha
Agung PAS, Takiyuddin Hassan.
“PAS mengharapkan PRK ini menghasilkan keputusan yang akan menguatkan wakil pembangkang.
“Lebih-lebih lagi kerusi parlimen tersebut pernah dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
“Lebih-lebih lagi kerusi parlimen tersebut pernah dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Anggota
Parlimen Kota Bahru itu juga menjelaskan bahawa PAS akan membantu BN
dalam menghadapi PRK di kerusi yang sebelum ini diwakili bekas pengerusi
DAP Sabah, mendiang Stephen Wong Tien Fatt.
Wong
yang juga bekas menteri kesihatan dan kesejahteraan rakyat Sabah,
meninggal dunia pada 28 Mac lepas di Hospital Queen Elizabeth Kota
Kinabalu membawa kepada PRK ini.
“PAS juga akan menyeru dan mengarahkan ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya di kawasan ini supaya turun membuang undi sebagaimana pendirian parti bagi memberi sokongan kepada calon yang mewakili pihak pembangkang,” kata Takiyuddin.
PAS tidak pernah bertanding di parlimen
Sandakan yang secara tradisionalnya merupakan kerusi majoriti pengundi
Cina sebanyak 61 peratus, manakala pengundi beragama Islam sebanyak 35
peratus dan bukan Islam 4 peratus.
Pada pilihan raya umum
Mei 2018, Wong memenangi kerusi P186 Sandakan itu dengan majoriti
10,098 undi selepas memperoleh 19,094 undi mengalahkan calon Barisan
Nasional Lim Ming Ho yang mendapat 8,996 undi.
Sementara itu pada 2004, calon bebas Chong Hon Min memenangi kerusi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan