KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen
Parit Sulong daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Noraini Ahmad
akan menggantikan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen
dalam sesi Dewan Rakyat kali ini.
Penggantian Ronald difahamkan akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu usul ke sidang Dewan Rakyat yang kini berada di tempat ke sembilan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUN) Dewan Rakyat pada Khamis, lapor portal Utusan Online.
Isu Pengerusi PAC Parlimen menjadi perdebatan panas apabila Ronald yang sebelum ini ahli UMNO Sabah keluar daripada parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain Ronald, enam lagi wakil rakyat UMNO Sabah turut keluar parti tahun lalu.
Ahli Parlimen Beluran sejak lima penggal atas tiket UMNO itu dipilih sebagai Pengerusi PAC Parlimen buat pertama kali daripada blok pembangkang.
Pelantikan itu sebagai memenuhi janji manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menetapkan Pengerusi PAC Parlimen mesti dipilih dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang.
Bagaimanapun, Dr Mahathir sebelum ini, enggan menggantikan Ronald dan berkeras bahawa janji manifesto PH sudah dipenuhi kerana Ahli Parlimen Beluran itu sebelum ini, adalah daripada kalangan Ahli Parlimen pembangkang.
PAC Parlimen adalah satu daripada lima Jawatankuasa Tetap Dewan yang berkuasa untuk menyiasat segala kewangan kerajaan sama ada membabitkan kementerian, jabatan serta kerajaan selain syarikat berkaitan dan milik kerajaan.
BACA: Isu pemilihan Pengerusi PAC bukan keutamaan buat masa ini - Tun M
BACA: Nurul Izzah letak jawatan anggota PAC
BACA: Ronald Kiandee serahkan kedudukannya kepada PM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan