KES NAJIB | Perbicaraan ke atas
bekas perdana menteri Najib Razak berhubung tuduhan penyalahgunaan dana
SRC International Sdn Bhd masuk hari ketujuh di mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur.
Seperti biasa Malaysiakini membawakan liputan secara langsung perbicaraan kes berprofil tinggi ini.
Debat hangat isu transaksi Ihsan Perdana
11.50am: Berlaku
debat hangat antara pasukan pendakwaan dan pembelaan sama ada Rosaiah
patut mengemukakan dokumen berkaitan transaksi jutaan ringgit melibatkan
akaun Ihsan Perdana di Affin Bank. 10.20am: Saksi ke-20, Rosaiah Muhammad Rosli mengesahkan Ihsan Perdana terima RM50 juta.
Saksi
ke-20 itu berkata akaun Affin Bank Ihsan Perdana dimasukkan wang
berjumlah RM40 juta (24 Disember 2014), RM5 juta (5 Februari 2015) dan
RM5 juta (6 Februari 2015).
Rosaiah yang bekerja sebagai pegawai
proses Affin Bank juga mengesahkan kepada DPP Suhaimi bahawa akaun Ihsan
Perdana dengan bank itu dikreditkan dengan bayaran dariada akaun
AmIslamic Gandingan Mentari.
Antara tugasnya di Affin Bank ialah mengendalikan pemindahan elektronik.
Dia turut mengesahkan Affin Bank menerima pengesahan kredit tunggal untuk tiga transaksi itu.
Ihsan Perdana dan Gandingan Mentari ialah subsidiari SRC.
10.06am: Bekas pekerja CIMB sahkan cek RM2.5 juta
Saksi
ke-19 Edward Innasi - yang merupakan timbalan pengurus CIMB pada 2015 -
mengesahkan cek RM2.5 juta itu ditunaikan bank pada tahun itu.
Dia berkata demikian selepas DPP Saifuddin menunjukkan cek tersebut.
9.45am: Ashraf berkata dia telah memberi keterangan kepada SPRM.
Ketika
sesi soal balas dengan peguam bela Muhammad Shafee, dia berkata ia
dibuat sebanyak beberapa kali dan secara bertulis pada 2017 dan 2018.
“Saya
dipanggil beberapa kali. Dan saya tandatangan kenyataan saya sebanyak
dua kali. Saya juga ditanya berkenaan cek yang sama," katanya.
Dia juga berkata Habibur memperkenalkan banyak klien kepadanya dan masih berhubung dalam hal berkaitan Fuel Subs House Sdn Bhd.
Dia
juga berkata menerima dana daripada Habibur kira-kira sepuluh kali
antara 2013-2015, tetapi jumlahnya kurang berbanding cek pada 2015 itu.
Shafee: Kamu sahabat kepada Habibur?
Ashraf: Selagi mana saya boleh.
Shafee: Selagi kamu masih selesa?
Ashraf: Tepat, Tan Sri.
Shafee: Kamu tahu Habibur seorang penganalisis politik, bukan cerita kedai kopi.
Ashraf: Ya, Tan Sri.
Shafee: Kamu tahu Habibur menyediakan nasihat politik, dan mengambil bahagian dalam program yang melaksanakan analisis beliau?
Ashraf: Saya tak tahu Tan Sri.
9.30am: Saksi kata terima kontrak RM2.5 juta
Saksi
ke-18, peguam Ashraf Abdul Razak, dalam keterangannya berkata firma
guaman tempatnya pernah berkhidmat dulu, Zulqarnain and Co, menerima
kontrak pertahanan bernilai RM2.5 juta pada 2 Februari 2015.
Ashraf
yang kini memiliki firma guaman sendiri memberitahu DPP Saifuddin
bahawa dia mendapat cek daripada Habibur Rahman Kadir, seorang tokoh
korporat yang dikenali.
Menurutnya, Habibur terlibat dalam syarikatnya Fuel Subs House Sdn Bhd.
"Ia untuk tender menguruskan subsidi petrol.
"Pada masa itu, Habibur beritahu saya bayaran untuk satu kontrak pertahanan," katanya.
9.26am: Perbicaraan bermula
Perbicaraan hari ke-8 bermula dengan Najib memasuki kandang tertuduh.
8.45am: Najib tiba di Mahkamah Tinggi KL
Dengan bersut berwarna coklat pudar, bekas perdana menteri Najib Razak tampak tenang ketika melangkah masuk ke mahkamah.
Beliau mengambil tempat di barisan depan galeri awam, sementara menunggu perbicaraan bermula.
Beliau dilihat bersalam dengan pegawai polis di mahkamah.
Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta
Najib Razak berdepan7tuduhan berkaitan danaRM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
Perbicaraan
kes bekas perdana menteri Najib Razak berkenaan dakwaan penyelewengan
dana SRC International Sdn Bhd, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masuk
hari kelapan.
Najib dibicarakan tiga pertuduhan pecah amanah
jenayah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan; tiga pertuduhan pengubahan
wang haram mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang
Haram, Pencegahan Pembiayaan Anti-Keganasan, dan Hasil daripada Aktiviti
Haram (AMLATFAPUAA) 2001; dan satu pertuduhan salah guna kuasa mengikut
Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Jika
disabit kesalahan, beliau boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara;
sebat dan denda untuk pertuduhan pecah amanah jenayah; 20 tahun penjara
dan denda tidak kurang lima kali nilai terlibat atau RM10,000 -
mana-mana yang lebih tinggi - untuk pertuduhan salah guna kuasa; dan 15
tahun penjara dan denda sehingga RM15 juta atau lima kali nilai terlibat
- mana-mana yang lebih tinggi - untuk pertuduhan pengubahan wang haram.
Perbicaraan
dikendali hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan dijangka bermula pukul
sembilan pagi hari ini, dengan keterangan saksi yang mungkin menyentuh
penerimaan wang oleh beberapa entiti - berkaitan politik mahupun bukan -
daripada akaun Ambank yang dikaitkan dengan kes SRC International.
Hari
ini, pendakwaan mungkin memanggil saksi yang dikaitkan dengan entiti
tersebut, antaranya Solar Shine Sdn Bhd, Zulqarnain & Co, ahli
perniagaan Lim Soon Peng, firma undang-undang Hafarizam Wan & Aisha
Mubarak, dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang merupakan syarikat berkaitan
SRC.
Jumaat lalu, saksi kelima pendakwaan Badrul Hisham Mohamad,
bekas pengurus di AmBank, dalam keterangannya berkata antara 17 bank
AmIslamic yang ditunaikan pada 2015 termasuk RM1 juta kepada Upko, RM1
juta kepada unit komunikasi Umno Pulau Pinang, RM300,000 kepada Umno
Johor Bahru, dan RM50,000 untuk ketua Umno Padang Serai Asmadi Abu
Talib.
Badrul Hisham mengesakan perkara itu selepas ditunjukkan
cek-cek tersebut, yang merupakan antara dokumen yang diambil ketika
penggeledahan Bank Negara di Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, pada 6
Julai 2015.
Semalam, mahkamah mendengar keterangan daripada empat saksi yang menyentuh sebahagian alirang wang daripada akaun Ambank.
Saksi
ke-14, Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd (Cense) Rita Sim Sai
Hoon berkata dia menerima sejumlah RM300,000 daripada Najib untuk
membuat pemantauan dan analisis harian terhadap laporan akhbar berbahasa
Cina daripada Disember 2014 hingga Januari 2015.
Saksi
ke-16, Adun Layang-layang Onn Hafiz Ghazi pula berkata dia dibayar
RM240,000 oleh tertuduh melalui Vital Spire Sdn Bhd untuk mengendalikan
laman berita Malaysian Digest yang kini tidak lagi beroperasi.
Peguam
Negara Tommy Thomas dijangka mengetuai pasukan pendakwaan, dianggotai
timbalan pendakwa raya (DPP) Sulaiman Abdullah, V Sithambaram, Manoj
Kurup, Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Suhaimi Ibrahim,
Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman
Lutfi Mohamed, Mohd Ashraf Adrin Kamaril, Muhammad Izzat Fauzan, dan
Mohd Ashraf Adrin Kamaril.
Najib pula diwakili pasukan peguam bela seramai 13 orang, diketuai Muhammad Shafee Abdullah.
Peguam
lain ialah bekas peguam cara II Mohd Yusof Zainal Abiden, Harvinderjit
Singh, Kamarul Hisham Kamaruddin, Chong Loong Men, Devanandan S
Subramaniam, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan,
Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah dan
Zahria Eleena Redza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan