TEGAS sekali bunyi nada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Angkatan Wanita PAN Negara (AWAN) merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, menghentam penganjuran majlis pelancaran buku ‘Unveiling Choice’ dan forum mengenai ‘Malay Women & Dehijabing’ (‘Perempuan Melayu & Pembukaan Hijab’) yang berlangsung di Kedai Buku Gerak budaya, Petaling Jaya, pada 13 April 2019.Forum tersebut menonjolkan Maryam Lee selaku penulis buku ‘Unveiling Choice’ yang kandungannya adalah mengenai proses panjang beliau membuka hijab (dehijabing), Dian Sofia yang memperkenalkan diri beliau sebagai pemikir bebas (free thinker) dan memperkatakan mengenai evolusi beliau dari seorang Muslim berhijab kepada tidak, dan Mohani Niza yang memperkatakan mengenai hijab dari perspektif seorang feminis Islam.Kenyataan-kenyataan Dr Siti Mariah ini adalah berbunyi:(1) “Ternyata buku ini merupakan satu percubaan untuk mengenengahkan agenda yang jelas bertentangan sekali gus tidak selari dengan nilai-nilai Islam”.(2) “Ia juga boleh ditafsir sebagai percubaan memprovokasi umat Islam dan berpotensi menimbulkan kemarahan umat Islam”.(3) “Kumpulan penulis buku ini sedang berusaha untuk meyakinkan golongan wanita bahawa mereka akan dianggap sebagai golongan kelas kedua dalam Islam”.(4) “Kita tidak boleh bersetuju jika mereka yang telah menamakan diri mereka sebagai 'free thinker' cuba mengajar wanita Islam untuk mengambil tindakan seperti mereka”.(5) “Golongan yang menjenamakan diri mereka sebagai 'free thinker' telah kehilangan hak untuk bercakap tentang praktis yang seharusnya dilakukan oleh wanita Islam”.(6) “Agenda 'dehijabing' ini juga sepatutnya sudah boleh dianggap sebagai menghina agama Islam dan wanita Islam”.(7) “Kempen 'dehijabing' seperti ini bukan sahaja amat bertentangan dengan hak tuntutan beragama, tetapi pada masa yang sama seolah-olah memandang remeh kepada hak asasi orang lain yang ingin mengamalkannya”.(8) “AWAN menganggap tindakan penganjur adalah tindakan provokasi kepada wanita bertudung”.(9) “AWAN mendesak pihak berkuasa agama Islam bertindak ke atas mereka kerana menghina amalan beragama wanita Islam oleh seseorang yang mengaku dirinya bukan Islam lagi”.Saya tidak pasti siapa di antara Maryam Lee, Dian Sofia dan Mohani Niza ini yang disifatkan oleh Dr Siti Mariah sebagai “seseorang yang mengaku dirinya bukan Islam lagi”, tetapi pasti sahaja ramai yang bersetuju dengan beliau bahawa tindakan mereka menghina agama Islam, menghina wanita Islam dan menghina amalan beragama wanita Islam.Selaras dengan segala penegasan Dr Siti Mariah ini, khususnya bahawa “ia juga boleh ditafsir sebagai percubaan memprovokasi umat Islam dan berpotensi menimbulkan kemarahan umat Islam”, maka sepatutnya desakan supaya mereka, dan penganjur program, dikenakan tindakan tidak terbatas kepada pihak berkuasa agama Islam sahaja.Jika suara AWAN benar-benar didengari oleh kerajaan, maka siasatan juga sepatutnya dibuat ke atas mereka, dan penganjur program, oleh pihak berkuasa negara.Ini termasuklah siasatan di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama.Begitu juga dengan siasatan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memperuntukkan: “Jika Menteri berpuas hati bahawa apa-apa hasil penerbitan mengandungi apa-apa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mengikut apa-apa jua cara memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara, dia boleh menurut budi bicara mutlaknya melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan, pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil pengeluaran itu dan hasil pengeluaran masa hadapan penerbit yang berkenaan.”Mungkin jika tidak dimaklumkan lebih awal ada pembaca yang boleh menyangka bahawa kenyataan media ini dibuat oleh Ketua Muslimat PAS, bukan oleh Ketua Wanita PAN, tetapi soalnya sekarang adalah apakah suara Wanita PAN laku dan apakah Wanita PAN, selaku sayap penting sebuah parti pemerintah, benar-benar serius?Malangnya, setakat ini suara Wanita PAN ini tidak mendapat liputan mana-mana media pun malah besar kemungkinan suara ini akan hilang ditiup angin begitu sahaja.Inilah antara ujian besar ke atas pengaruh dan kewibawaan PAN di dalam memperjuangkan agendanya. - HARAKAHDAILY
Rabu, 17 April 2019
Isu 'dehijabing': Lakukah suara Wanita PAN?
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan