Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memang ikhlas bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama rata dengan Semenanjung berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg.
Bagaimanapun, beliau berkata, ada kelemahan tertentu di peringkat sekretariat dan sekiranya perkara itu telah ditangani dengan baik dan pihak sekretariat berbincang secara bersemuka dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), usaha untuk meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak akan menemui kegagalan.
"Ia boleh menjadi lebih baik, tetapi satu perkara adalah perdana menteri benar-benar serius dan ikhlas. Pada mulanya, ia nampak baik-baik saja tetapi ia tidak dilakukan seperti yang kita harapkan,” katanya.
Abang
Johari, yang juga pengerusi GPS, berkata demikian kepada pemberita
selepas menghadiri majlis Penutupan Program Pegawai Integriti Bertauliah
di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama di Kuching, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan