Selasa, 16 April 2019

Genius gagal faham Permata, kata anak Rosmah

MALAYSIAKINI

   
Anak bekas perdana menteri Nooryana Najwa Najib mengkritik langkah kerajaan menukar nama program pendidikan awal kanak-kanak Permata kepada Genius.

Membela program diilhamkan ibunya Rosmah Mansor itu, Nooryana berkata nama baru itu gagal menangkap inti pati Permata yang berteraskan kepercayaan bahawa“setiap anak adalah permata”.

“Secara jujur, (nama) Genius menghina banyak pihak berkepentingan,” kata Nooryana yang menggunakan nama Yana Najib di media sosial Instagram.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik semalam mengumumkan penjenamaan semula Permata dengan beberapa programnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti.

Sementara itu, Nooryana berkata Permata bukan hanya terlibat dengan kanak-kanak pintar tetapi juga yang mengalami masalah pembelajaran (Permata Kurnia) serta Perkasa Remaja.

Tiada ulasan: